Ya
Allah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam, pujian yang memenuhi
nikmat-nikmat Nya dan sejajar dengan kurnia tambahan Nya.
Ya
Allah, segala puji bagi Mu sebagaimana selayaknya bagi keagungan zat Mu dan
kebesaran kekuasaan Mu.
Ya
Allah, cucurilah kesejahteraan keatas junjungan ku Nabi Muhammad saw dengan
kesejahteraan yang dapat menyelamatkan aku dari segenap kekusutan dan
kemusnahan, yang dapat menunaikan untuk ku segala hajat keperluan, yang dapat
membersihkan aku dari segala kejahatan, yang dapat mengangkat aku kedarjat yang
tertinggi serta dapat menyampaikan ke kemuncak impian daripada segala kebaikan
semasa di dunia dan selepas mati.
Maha Suci Engkau, tidak terkira oleh aku pujian yang
selayaknya untuk Mu, sebagaimana Engkau memuji diri Mu sendiri. Maka untuk Mu
segala pujian sebelum Engkau meredhai aku. Untuk Mu jua segala pujian setelah
itu, setelah Engkau terus menerus meredhai aku selama-lamanya.
Ya
Allah, dengan al-Quran yang agung ini, Engkau lapangkan lah dada aku,
permudahkan lah urusan ku, berilah aku ganjaran yang besar, baikilah akhlak ku,
luaskan lah rezeki ku dan terangilah kubur ku, wahai Tuhan semesta
alam.
Ya
Allah, ganjarilah aku atas bacaan ku ini dengan ganjaran yang melimpah ruah dan
pahala yang besar dari Mu. Terima lah dari ku dengan kurnia dan kasihan belas Mu
sebagai penerimaan yang barakah dan indah.
Ya
Allah, jadikan lah pahala apa yang aku baca dan keberkatan apa yang aku alunkan
serta selawat aku kepada nabi Muhammad saw, juga tahlil dan takbir ku sebagai
hadiah dan rahmat Mu yang turun aku persembah dan hadiahkan kehadrat nabi saw
demi menambah lagi kemualiaannya yang telah sedia agung. Juga kepada roh-roh
datuk nenek dan saudara maranya dari kalangan nabi-nabi dan rasul-rasul serta
kepada semua sahabat, kaum kerabat, para tabiin dan orang-orang yang mengikuti
mereka dengan kebaikan sampai kehari kiamat.
Ya
Allah, jadikanlah ganjaran pahala seumpamanya yang demikian itu disamping
anugerah tambahan kebaikan dan kasihan belas Mu terus mendapat penerimaan,
anugerah dan kebaikan yang tidak terperi dalam suratan amal ku kerana mereka dan
al-Quran ini dibacakan kerena mereka. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui
tentang mereka dan nama-nama mereka, dan Engkau maha kaya daripada menyeksa
mereka, wahai yang maha Pemurah dikalangan yang pemurah. Khususnya kepada
roh…..(sebutkan nama-nama roh yang ditahlilkan)……serta sekelian mereka yang
mempunyai hubungan keturunan dengan nya/mereka.
Ya
Allah, sampaikanlah pahala ini kepada mereka. Jadikanlah ia cahaya yang terang
benderang dihadapan mereka dan dengan rahmat Mu ya Allah, berikan lah anugerah
Mu kepada mereka. Rahmatilah mereka dengan al-Quran yang agung ini sebagai
rahmat yang amat luas. Ampuni lah mereka dengan keampunan yang meliputi semua
dosa, wahai Tuhan yang memiliki dunia dan akhirat.
Ya
Allah, ampunkan lah mereka, rahmatilah mereka, hindari lah mereka daripada
keburukan dan maafkan lah mereka. Muliakan lah tempat sampai mereka. Luaskan lah
pintu masuk mereka, mandikan lah mereka dengan air, salji dan air batu.
Bersihkan lah mereka daripada kesalahan-kesalahan sebagaimana pakaian yang putih
dibersihkan daripada kekotoran. Gantikan lah untuk mereka rumah yang lebih baik
daripada rumah mereka dahulu, keluarga yang lebih baik daripada keluarga mereka
yang dahulu. Masukkan mereka kedalam syurga dan hidarilah mereka dari azab kubur
dan ujiannya serta dari azab neraka.
Ya
Allah, jadikanlah juga pahala seumpama yang demikian ini dalam suratan ku,
suratan ibu bapa ku, guru-guru ku, mereka yang hidup dikalangan ku atau yang
telah mati, juga kepada umat islam seluruhnya. Ya Allah, liputkan lah mereka
semua dengan rahmat dan keredhaan Mu dan masukkan lah aku dan mereka kedalam
syurga yang luas terbentang. Yang maha Pengasih, yang maha Pemberi. Ya Allah,
Tuhan yang mencipta langit dan yang empunya keagungan dan kemuliaan.
Ya
Allah, kurniakan lah kepada aku sekeluarga kebaikan di dunia dan di akhirat.
Selamatkan lah kami dari azab api neraka. Sesungguhnya Engkaulah maha pengasih
dan maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan