Rabu, 29 Mei 2013

Berlindung dari seksa Neraka Jahannam.

Nabi S.A.W. mengajar kita agar sentiasa berdoa dan mohon perlindungan Allah S.W.T. ketika habis membaca tasyahhud akhir kepada empat perkara. Sebagaimana sabdanya yang bermaksud : "Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa Neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)".
(Hadis Riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa)


Kenapakah doa khusus ini baginda minta dibaca semasa dibahagian akhir tasyahhud akhir iaitu semasa kita mengerjakan solat? Kerana betapa pentingnya doa ini perlu dibaca berulang-ulang jika solat fardu sebanyak 5 kali dan jika ditambah solat sunat maka lebih banyak lagi doa ini dibaca dan di ulang-ulangkan. Pasti ianya mengandungi hikmah yang besar dan doa selepas tasyahhud akhir sebelum salam adalah tempat makbulnya doa.

Doa perlindungan yang perlu dibaca adalah empat perkara  :
1. Berlindung  dari seksa Neraka Jahannam.
2. Berlindung dari seksa kubur.
3. Berlindung dari fitnah hidup dan mati.
4. Berlindung dari fitnah Dajjal.

Berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh khusyuk dan tawaduk kepada Allah S.W.T. Semoga Dia menerima doa yang kita mohon untuk mendapat perlindungan daripada-Nya .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan