Segala puji hanya kepada Allah, Tuhan sekelian alam.
Selawat dan salam keatas junjungan ku Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para
sahabat serta orang-orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Ya
Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa ku, samada dosa-dosa yang besar atau dosa
yang kecil, samada dosa yang tersembunyi atau yang nyata, samada dosa yang aku
sengajakan atau kerana kejahilan ku. Sesungguhnya Engkau lah yang maha pengasih,
maha penyayang lagi maha pengampun.
Ya
Allah, Engkau ampunkanlah dosa suami/isteri ku, dosa anak-anak ku, dosa adik
beradik ku, dosa seluruh ahli keluarga ku,dosa guru-guru ku serta dosa sekelian
kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, dengan rahmat Mu ya Allah,
Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Ya
Allah, Engkau tunjukkanlah dan bimbinglah aku kejalan yang lurus dengan berkat
al-Quran. Kasihanilah aku dengan berkat al-Quran. Jadikanlah al-Quran itu
sebagai imam, sebagai cahaya, sebagai hidayah dan sebagai rahmat bagi
ku.
Ya
Allah, Engkau ingatkanlah aku apa yang aku lupa tentang al-Quran dan Engkau
ajarkanlah aku apa yang aku tidak tahu tentang isi al-Quran. Berikanlah kepada
aku keupayaan untuk membacanya pada waktu siang dan malam.
Ya
Allah, Engkau terima lah dan sampaikanlah pahala bacaan ku ini kepada sekelian
ahli kubur, khususnya kepada roh ahli keluarga ku…
1. Al-marhum Hassan bin Hawa
(contoh)
2. Al-marhumah Halijah bt Hawa
(contoh)
Serta roh sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin
dan mukminat.
Ya Allah, sampaikanlah pahala ku ini kepada roh mereka
dan jadikanlah ia sebagai cahaya yang memancar-mancar disisi mereka. Gandakanlah
rahmat Mu dan keredhaan Mu keatas mereka.
Ya Allah, selamatkanlah mereka di dalam kubur,
jadikanlah kubur mereka salah satu taman dari taman-taman Syurga. Selamatkanlah
mereka dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur mereka
itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka. Ya Allah, ampunkan mereka, rahmatilah mereka,
afiatkanlah mereka dan maafkanlah kesalahan mereka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan