Ya Allah, Engkau masukkanlah
aku kedalam golongan hamba-hamba Mu yang mendapat kurnia dan ganjaran dari
kemurahan Mu dan kurniakanlah kepada aku setiap kebaikan yang ada
didalamnya.
Ya Allah, ampunkanlah dosa
kedua ibu bapa ku,ampunkanlah dosa adik beradik ku, ampunkanlah dosa ahli
keluarga ku, ampunkanlah dosa guru-guru ku, ampunkanlah dosa sekelian kaum
muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.
Ya Allah Ya
Tuhan ku, aku pohon apa yang telah dipohon oleh Rasulullah saw dan aku meminta
perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah
saw.
Ya Allah, aku
pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku
supaya aku dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa aku kearahnya.
Selamatkanlah aku Ya Allah dari sebab-sebab yang boleh membawa aku ke
neraka.
Ya Allah Ya
Tuhan ku, Engkau sahajalah yang mengetahui segala kelemahan diri ku zahir dan
batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku, supaya aku dapat
memperbaiki diri ku, tambahkanlah Ya Allah kepada ku ilmu, iman dan amal,
hidupkanlah aku dalam Islam dan matikanlah aku dalam Islam…
Ya Allah Ya
Tuhan ku, aku pohon kepada Engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat,
rezeki yang halal, keluarga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab,
hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar,
keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ya Allah Ya
Tuhan ku, Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati ku,
hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah
segala penyakit yang berada di hati ku, selamatkanlah hati ku ini dari
sifat-sifat yang keji dan jauhilah aku dari perkara-perkara yang boleh mematikan
hati ku.
Ya Allah,
jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan
KerajaanMu dan masa depan ku di akhirat nanti.
Ya Allah,
jadikanlah aku ini hamba Mu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan
sebaik-baiknya, berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku
dapat melakukan segala apa yang Engkau perintahkan dan meninggalkan segala apa
yang Engkau larang.
Ya Allah,
jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari masa depan ku di akhirat
nanti dan jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa
depan ku selepas mati...
Ya Allah,
Engkau hidupkanlah aku dalam iman dan matikanlah aku dalam iman, selamatkanlah
iman ku dari segala gangguan syaitan semasa aku menghembuskan nafas yang
terakhir.
Ya Allah,
selamatkanlah aku semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur ku salah satu
taman dari taman-taman Syurga, selamatkanlah aku ya Allah dari segala sengsara
azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur ku itu salah satu lubang dari
lubang-lubang neraka.
Ya Allah,
selamatkanlah aku semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah aku ya
Allah semasa berada di Padang Mahsyar dan masukkanlah aku ke dalam
golongan orang yang mendapat bayangan naungan ‘Arasy
Mu.
Ya Allah,
ampunkanlah dosa-dosa ku dan maafkanlah kesilapan ku zahir dan batin. Semasa aku
dijalankan hisab, hisabkanlah aku ya Allah dengan hisab yang paling ringan,
berilah peluang kepada ku untuk mendapat syafaat nabi ku Nabi Muhammad
saw.
Ya Allah,
jadikanlah hambaMu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima
suratan amalan dengan tangan kanan.
Ya Allah,
berilah kesempatan kepada ku meminum air dari telaga al Kauthar,
selamatkanlah aku ya Allah semasa menyeberangi titian
Siratulmustaqim.
Ya Allah,
masukkanlah aku ke dalam Syurga Mu, bersama-sama orang-orang yang memasuki ke
dalamnya.
Ya Allah,
perkenankanlah permohonan ku ini ya Allah, mustajabkanlah doa ku ini dengan
berkat nabi ku Nabi Muhammad saw dan dengan berkat amalan ku yang
ikhlas.
Ya Allah, Jadikanlah aku dari
kalangan hamba-hamba Mu yang sentiasa redha dengan ketetapan Mu, sentiasa
bersyukur diatas setiap nikmat pemberian Mu dan sentiasa bersabar
diatas setiap ujian Mu sehingga aku tidak meminta Engkau segerakan pekara yang
Engkau kemudiankan dan tidak pula aku meminta Engkau kemudiankan pekara yang
Engkau segerakan.
Ya Allah, Engkau tetapkanlah I’tikad
ku bahawa
Allah Tuhan
ku.
Muhammad itu utusan Allah dan nabi
ku
Islam itu agama
ku
Al-Quran itu panduan dan ikutan
ku
Kaabah itu kiblat
ku
Sembahyang itu kewajipan
ku
Sekelian orang Islam itu saudara
ku
Saiyidina Ibrahim itu bapa agama
ku
Hidup dan mati ku atas kalimah
لآ اله الا الله
Ya Allah, sesungguhnya, dari Engkau
aku datang dan kepada Engkau aku akan dikembalikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan