( untuk
diri sendiri dan untuk orang lain )
Ya
Allah, tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Penyantun lagi Maha Pemurah. Maha
Suci Allah, Tuhan Arasy yang Maha Agung. Segala puji bagi Allah, Tuhan Pengatur
alam semesta. Aku meminta kepada Engkau, yang memastikan rahmat Engkau dan
keutamaan ampunan Engkau dan terpelihara dari segala macam dosa dan dapat
merebut daripada bermacam kebaikan dan selamat dari segala bentuk
kesalahan.
Ya
Allah, janganlah Engkau biarkan aku berdosa, melainkan Engkau ampuni, janganlah
Engkau biarkan aku didalam kesulitan, melainkan Engkau lepaskan. Janganlah
Engkau biarkan aku mempunyai hajat yang Engkau redhai, melainkan Engkau kabulkan
jua.
Ya
Allah, dengar lah hajat ku ini ….. (sebutkan hajat)
Ya
Allah, jika sememangnya telah Engkau ketahui bahawa pekara yang aku hajatkan itu
baik bagi ku (nya) dalam urusan agama ku (nya) dan penghidupan ku (nya) serta
akibat urusan ku (nya), maka takdirkan lah ia untuk ku (nya) dan permudahkan ia
bagi ku (nya) serta berkatilah aku (dia) didalamnya. Tetapi jika Engkau ketahui
bahawa pekara itu buruk bagi ku (nya) dalam urusan agama ku (nya) dan
penghidupan ku (nya) serta akibat urusan ku (nya), maka hindarkan lah ia bagi ku
(nya) dan jauhkanlah aku (dia) daripadanya. Engkau takdirkan kebaikan bagi ku
(dia) dimana saja adanya dan Engkau jadikan hati ku (nya)
meredhainya.
Ya
Allah, masukkan aku kedalam golongan hamba-hamba Mu yang sentiasa redha dengan
ketentuan Mu, yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Mu dan yang
sentiasa bersabar dengan ujian Mu, sehingga aku tidak meminta Engkau dahulukan
segala pekara yang Engkau kemudian dan tidak pula aku meminta Engkau kemudiankan
pekara yang Engkau dahulukan. Ampunkan lah aku, rahmati lah aku dan maafkan lah
keterlanjuran ku. Pada Engkau lah aku kembalikan segala urusan dan kepada Engkau
lah aku bertawakkal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan