Rabu, 29 Mei 2013

Berlindung dari seksa Neraka Jahannam.

Nabi S.A.W. mengajar kita agar sentiasa berdoa dan mohon perlindungan Allah S.W.T. ketika habis membaca tasyahhud akhir kepada empat perkara. Sebagaimana sabdanya yang bermaksud : "Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa Neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)".
(Hadis Riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa)


Kenapakah doa khusus ini baginda minta dibaca semasa dibahagian akhir tasyahhud akhir iaitu semasa kita mengerjakan solat? Kerana betapa pentingnya doa ini perlu dibaca berulang-ulang jika solat fardu sebanyak 5 kali dan jika ditambah solat sunat maka lebih banyak lagi doa ini dibaca dan di ulang-ulangkan. Pasti ianya mengandungi hikmah yang besar dan doa selepas tasyahhud akhir sebelum salam adalah tempat makbulnya doa.

Doa perlindungan yang perlu dibaca adalah empat perkara  :
1. Berlindung  dari seksa Neraka Jahannam.
2. Berlindung dari seksa kubur.
3. Berlindung dari fitnah hidup dan mati.
4. Berlindung dari fitnah Dajjal.

Berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh khusyuk dan tawaduk kepada Allah S.W.T. Semoga Dia menerima doa yang kita mohon untuk mendapat perlindungan daripada-Nya .

Selasa, 28 Mei 2013

UJIAN YANG DATANG

Tatkala Dia mendatangkan UJIAN,
pandanglah dengan pandangan IMAN.
Di saat Dia mengirimkan MUSIBAH,
hadapilah dengan hati yang TABAH.
Di kala Dia mengutuskan sesuatu,belajarlah untuk BERJIWA HAMBA.

Isnin, 27 Mei 2013

Bicara Salaf: PAKAIAN DAN PENAMPILAN LELAKI MUSLIM MENGIKUT SUNN...

Bicara Salaf: PAKAIAN DAN PENAMPILAN LELAKI MUSLIM MENGIKUT SUNN...: Rata-rata masyarakat Islam memahami keperluan untuk berpakaian secara menutup aurat adalah wajib ke atas Muslimin dan Muslimah. Syarat min...

MEMAHAMI KEISTIMEWAAN DAN TUJUAN AL-QURAN DI TURUNKAN

Allah telah memuliakan kita kaum muslimin dengan menurunkan sebaik-baik kitab iaitu al-Quran sepertimana Allah
memuliakan kita dengan mengutuskan sebaik-baik rasul. Kaum muslimin adalah satu-satunya umat yang mempunyai
perutusan dari langit yang terpelihara daripada penyelewangan dan kebatilan. Perkara ini disebabkan kerana Allah
sendiri yang memeliharanya. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran
dan sesungguhnya kami yang memeliharanya.” (al-Hajr, ayat 9)
Al-Quran adalah cahaya yang menerangi hati-hati manusia ke arah jalan kebaikan dan kebajikan. Antara ciri-ciri dan
keistimewaan al-Quran adalah pertama, ia merupakan kitab ilahi iaitu datangnya dari Allah yang tidak ada keraguan
padanya. Allah menurunkan al-Quran melalui Malaikat Jibrail. Firman Allah yang bermaksud : “ Suatu kitab yang
ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara teperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana
lagi maha Mengetahui.” (Hud, ayat 1)
 Kedua ialah al-Quran merupakan kitab yang terpelihara sepertimana jaminan yang telah diberikan oleh Allah untuk
memeliharanya. Oleh demikian, kita dapati begitu ramai orang yang menghafal al-Quran dengan baik sejak kanak-kanak
lagi dan Allah memudahkan mereka untuk mengingatinya. Pemeliharaan tersebut juga didapati dengan penulisan alQuran yang rapi oleh para sahabat selepas ayat-ayat tersebut diturunkan dan dibukukan pada zaman khulafa’ alRasyidin.
Ketiga,al-Quran merupakan kitab mukjizat yang terbesar dikurniakan kepada nabi Muhammad yang mencabar kekuatan
dan pemikiran manusia. Manusia tidak mampu untuk menandingi al-Quran sama ada dari segi bahasa, makna dan ceritacerita yang terkandung di dalamnya. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jika kamu tetap ragu-ragu tentang apa
yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), maka datanglah satu surah sepertinya dan ajaklah penolongpenolong kamu selain Allah jika kamu benar-benar orang yang benar.” (al-Baqarah, ayat 23-24)
Keempat, al-Quran merupakan kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya. Ia bukan kitab falsafah yang
mengandungi teori-teori yang memeningkan. Ahli falsafah menyebutkan bahawa falsafah itu apabila diterangkan dan
tidak difahami itulah dinamakan falsafah. Al-Quran diturunkan kepada manusia untuk difahami dan sasaran adalah untuk
manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “ dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk
diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran.” (al-Qamar, ayat 17)
Kelima, al-Quran merupakan kitab agama secara keseluruhannya yang mengandung aspek akidah, ibadah, akhlak dan
perundangan. Sesiapa yang ingin memahami akidah yang betul dan suci, maka hendaklah ia menggali dari al-Quran. AlQuran memberi dalil-dalil yang jelas tentang keesaan Allah. Firman Allah yang bermaksud : “ Sekiranya ada di
langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah kedua-duanya telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang
mempunyai Arash daripada apa yang mereka sifatkan.” ( al-Anbiya’, ayat 22) Begitu juga al-Quran
mengandungi syariat dan peraturan untuk kehidupan manusia. Syariat ini meliputi aspek individu, keluarga, masyarakat,
ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa. Di samping itu, al-Quran menegaskan pembinaan akhlak melalui
penghayatan sifat sabar, gigih berusaha, tekun, bertawakkal dan reda dengan ketentuan ilahi.
Keenam, al-Quran merupakan kitab sepanjang zaman, bukan kitab untuk zaman tertentu atau untuk generasi tertentu.
Ini bermakna bahawa al-Quran merupakan kitab yang kekal abadi hingga hari Qiamat. Oleh itu, tidak harus kaum
muslimin mengatakan bahawa al-Quran itu sesuai untuk zaman nabi sahaja atau zaman para sahabat dan tidak sesuai
lagi pada zaman moden ini.
Ketujuh, al-Quran merupakan kitab kemanusiaan dan kehidupan. Oleh sebab itu, Allah menjadikan al-Quran sebagai
kitab petunjuk kepada manusia dan alam. Firman Allah yang bermaksud : “ Pada bulan Ramadhan, bulan yang di
dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan
pembeda (antara hak dan batil).” (al-Baqarah, ayat 185)
Inilah tujuh perkara ciri-ciri keistimewaan al-Quran yang membezakan kitab-kitab yang lain. Al-Quran diturunkan untuk
umat Islam mengimani dengan penuh keyakinan akan kebenarannya. Allah menyebutkan bahawa sifat mukmin sejati
adalah mereka yang tidak sama sekali ragu tentang kandungan al-Quran. Nabi Muhammad apabila tiba bulan
Ramadhan baginda akan bertadarus bersama Jibrail dan rumah yang sentiasa diterangi dengan bacaan al-Quran akan
dilimpahi rahmat dan berkat. Penurunan al-Quran merupakan nikmat yang terbesar dikurniakan Allah kepada umat
Islam. Oleh itu, kita harus bersyukur dengan membuktikannya melalui taat segala perintah al-Quran dan mengamalkan
ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya dan menjadikan kita sebagai ahli al-Quran., bukan sahaja dalam bulan
Ramadhan tetapi juga dalam bulan-bulan yang lain.

Memahami Tujuan-Tujuan al-Quran
Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi s.a.w. yang ditulis di dalam mushaf yang
dipindah dengan tawatur dan menjadi ibadat membacanya.
Penurunan Al-Quran mengandungi tujuan-tujuan (maqasid al-Quran) yang tertentu.
Pertama, tujuan al-Quran ialah membetulkan akidah, mensabitkan ketuhanan Allah yang Maha Esa, tugas nabi-nabi dan
penyataan kewujudan hari akhirat. Al-Quran mengambarkan bahawa syirik merupakan satu perbuatan dosa yang besar
dan tidak diampuni oleh Allah. Kesemua para nabi menyeru manusia kepada Allah yang Maha Esa. Firman Allah yang
bermaksud : “ Dan sesunguhnya kami telah mengutus rasul pada setiap umat yang menyeru ; “sembahlah
Allah saja dan menjauhi Thaghut itu.” (al-Nahl, ayat 36) Di samping itu, al-Quran menjelaskan keperluan manusia
kepada nabi-nabi dan risalahnya, menerangkan tugas para nabi dan menolak dakwaan dan tanggapan yang salah
mengenai nabi. Al-Quran juga menjelaskan kewujudan hari akhirat itu benar dan pasti setiap manusia akan
menghadapinya.
Kedua, tujuan al-Quran ialah pengisytiharan terhadap kemuliaan manusia dan hak-haknya. Al-Quran menegaskan
bahawa manusia adalah makhluk yang mulia yang dijadikan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Oleh sebab itu, alQuran melarang sebahagian golongan pelampau yang mengharamkan perkara-perkara baik dan perhiasan seperti yang
diungkapkan oleh Allah dalam surah al-Araaf, ayat 32. Al-Quran juga memperakui hak-hak asasi manusia seperti
kebebasan bersuara, berfikir, beriktikad, tempat tinggal dan mencari reziki.
Ketiga, tujuan al-Quran ialah memberitahu bahawa manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah. Allah yang
menciptakan manusia, memberi reziki, mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak dapat dihitung. Oleh itu, menjadi hak
Allah untuk manusia bersyukur dan bertakwa kepadanya. Orang yang bertakwa akan mendapat keberkatan, reziki yang
murah, terpelihara dari gangguan musuh, sentiasa mendapat petunjuk dari Allah dan berjaya dari azab akhirat.
Keempat, tujuan al-Quran adalah untuk menyucikan jiwa manusia (tazkiyyah al-Nafs). Al-Quran sentiasa menyeru
manusia supaya membersihkan jiwanya dengan melakukan kebaikan. Beruntunglah orang yang dapat memimpin
jiwanya ke arah keredhaan Allah. Secara fitrahnya, jiwa boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dan
jiwa boleh mencapai tahap termulia apabila ia dibersihkan. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jiwa serta
penyempurnaan ciptaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang
mengotorinya.” (al-Syams, ayat 7-10)
Kelima, tujuan al-Quran ialah membina keluarga yang soleh yang menjadi teras kepada kekuatan umat. Al-Quran
menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perkahwinan itu dapat melahirkan ketenangan, kebahagiaan dan
rahmat. Al-Quran memerangi golongan yang menghalalkan homoseksual dan lesbian kerana ia melanggari fitrah
manusia. Di samping itu, Islam juga memerangi golongan yang mengharamkan perkahwinan atas alasan bahawa
perkahwinan adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan. Al-Quran juga memberi kedudukan yang mulia kepada
wanita dengan mengangkat martabat mereka menyamai kaum lelaki dari segi amalan dan ganjaran pahala.
Keenam, tujuan al-Quran adalah untuk membina umat yang mempunyai kemuliaan dan menjadi saksi atas umat yanglain. Umat yang mengasaskan kehidupannya berteraskan kepada akidah, syariat dan akhlak Islam sekaligus membawa
rahmat kepada manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “Dan tidak kami utuskan kamu (Muhammad)
kecuali untuk membawa rahmat bagi seluruh alam.” (al-Anbiya’, ayat 107)
Antara keistimewaan umat Islam ialah ia adalah umat rabbani iaitu umat yang hidup kerana mencari keredhaan Allah,
beribadat kerana Allah dan menjalankan manhaj Allah di atas muka bumi ini. Di samping itu, ia juga adalah umat
sederhana dan seimbang, umat yang sentiasa berdakwah ke arah kebaikan dan umat yang sukakan kesatuan dan
bersatu padu. Inilah empat ciri umat Islam berbanding dengan umat yang lain. Ketujuh, al-Quran menyeru kepada aspek
keinsanan yang tolong menolong antara sesama manusia. Umat Islam bukan umat yang menyendiri tanpa
menghiraukan bangsa-bangsa yang lain. Oleh itu, Islam menghormati kebebasan beragama dan perbezaan
pendapat.Umat Islam berperanan untuk menyeru manusia ke arah hidayah Allah, keimanan, kemakmuran dan
kebahagiaan yang hakiki. Dengan sebab demikian, Allah memuji umat ini kerana mereka menjalankan amar makruf wan
nahi annil mungkar. Inilah tujuh perkara antara yang digariskan oleh para ulamak sebagai tujuan al-Quran diturunkan
kepada manusia.

DOA TAHAJJUD

Ya Allah, Engkau masukkanlah aku kedalam golongan hamba-hamba Mu yang mendapat kurnia dan ganjaran dari kemurahan Mu dan kurniakanlah kepada aku setiap kebaikan yang ada didalamnya.
 Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku, samada dosa yg besar atau yang kecil, samada dosa yang tersembunyi atau yang nyata, samada dosa aku sengajakan atau kerana kejahilan kami. Ya Allah, terimalah taubat ku sebagai taubat nasuha, sesungguhnya Engkau maha pengasih, maha penyayang lagi maha pengampun.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku,ampunkanlah dosa adik beradik ku, ampunkanlah dosa ahli keluarga ku, ampunkanlah dosa guru-guru ku, ampunkanlah dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.
Ya Allah Ya Tuhan ku, aku pohon apa yang telah dipohon oleh Rasulullah saw dan aku meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah saw.
Ya Allah, aku pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa aku kearahnya. Selamatkanlah aku Ya Allah dari sebab-sebab yang boleh membawa aku ke neraka.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sahajalah yang mengetahui segala kelemahan diri ku zahir dan batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku, supaya aku dapat memperbaiki diri ku, tambahkanlah Ya Allah kepada ku ilmu, iman dan amal, hidupkanlah aku dalam Islam dan matikanlah aku dalam Islam…
Ya Allah Ya Tuhan ku, aku pohon kepada Engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, keluarga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati ku, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati ku, selamatkanlah hati ku ini dari sifat-sifat yang keji dan jauhilah aku dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati ku.
Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan KerajaanMu dan masa depan ku di akhirat nanti.
Ya Allah, jadikanlah aku ini hamba Mu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya, berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala apa yang Engkau perintahkan dan meninggalkan segala apa yang Engkau larang.
Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari masa depan ku di akhirat nanti dan jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan ku selepas mati...
Ya Allah, Engkau hidupkanlah aku dalam iman dan matikanlah aku dalam iman, selamatkanlah iman ku dari segala gangguan syaitan semasa aku menghembuskan nafas yang terakhir.
Ya Allah, selamatkanlah aku semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur ku salah satu taman dari taman-taman Syurga, selamatkanlah aku ya Allah dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur ku itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah, selamatkanlah aku semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah aku ya Allah semasa berada di Padang Mahsyar dan masukkanlah aku ke dalam  golongan orang yang mendapat bayangan naungan ‘Arasy Mu.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku dan maafkanlah kesilapan ku zahir dan batin. Semasa aku dijalankan hisab, hisabkanlah aku ya Allah dengan hisab yang paling ringan, berilah peluang kepada ku untuk mendapat syafaat nabi ku Nabi Muhammad saw.
Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amalan dengan tangan kanan.
Ya Allah, berilah kesempatan kepada ku meminum air dari telaga  al Kauthar, selamatkanlah aku ya Allah semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.
Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam Syurga Mu, bersama-sama orang-orang yang memasuki ke dalamnya.
Ya Allah, perkenankanlah permohonan ku ini ya Allah, mustajabkanlah doa ku ini dengan berkat nabi ku Nabi Muhammad saw dan dengan berkat amalan ku yang  ikhlas.
Ya Allah, Jadikanlah aku dari kalangan hamba-hamba Mu yang sentiasa redha dengan ketetapan Mu, sentiasa bersyukur diatas setiap nikmat pemberian Mu  dan sentiasa bersabar diatas setiap ujian Mu sehingga aku tidak meminta Engkau segerakan pekara yang Engkau kemudiankan dan tidak pula aku meminta Engkau kemudiankan pekara yang Engkau segerakan.
 Ya Allah, janganlah Engkau bebankan aku dengan ujian Mu yang aku tidak mampu memikulnya. Ampunkanlah aku, rahmatilah aku dan kasihanilah aku.

Ya Allah, Engkau tetapkanlah I’tikad ku bahawa
Allah Tuhan ku.
Muhammad itu utusan Allah dan nabi ku
Islam itu agama ku
Al-Quran itu panduan dan ikutan ku
Kaabah itu kiblat ku
Sembahyang itu kewajipan ku
Sekelian orang Islam itu saudara ku
Saiyidina Ibrahim itu bapa agama ku
Hidup dan mati ku atas kalimah لآ اله الا الله

Ya Allah, sesungguhnya, dari Engkau aku datang dan kepada Engkau aku akan dikembalikan
 Sesungguhnya aku mengaku bahawa mati itu benar, masuk kedalam lubang kubor itu benar, bertemu munkar dan nakir itu benar, soal kubor itu benar, ditimbang amal baik dan amal jahat itu benar, nikmat dan seksa kubor itu benar, syurga dan neraka itu benar serta hari kiamat itu pasti datang
 Ya Allah, pada Engkau aku serahkan hidup dan mati ku. Engkau lah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.


DOA SOLAT HAJAT

( untuk diri sendiri dan untuk orang lain )
Ya Allah, tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Penyantun lagi Maha Pemurah. Maha Suci Allah, Tuhan Arasy yang Maha Agung. Segala puji bagi Allah, Tuhan Pengatur alam semesta. Aku meminta kepada Engkau, yang memastikan rahmat Engkau dan keutamaan ampunan Engkau dan terpelihara dari segala macam dosa dan dapat merebut daripada bermacam kebaikan dan selamat dari segala bentuk kesalahan.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan aku berdosa, melainkan Engkau ampuni, janganlah Engkau biarkan aku didalam kesulitan, melainkan Engkau lepaskan. Janganlah Engkau biarkan aku mempunyai hajat yang Engkau redhai, melainkan Engkau kabulkan jua.
Ya Allah, dengar lah hajat ku ini ….. (sebutkan hajat)
Ya Allah, jika sememangnya telah Engkau ketahui bahawa pekara yang aku hajatkan itu baik bagi ku (nya) dalam urusan agama ku (nya) dan penghidupan ku (nya) serta akibat urusan ku (nya), maka takdirkan lah ia untuk ku (nya) dan permudahkan ia bagi ku (nya) serta berkatilah aku (dia) didalamnya. Tetapi jika Engkau ketahui bahawa pekara itu buruk bagi ku (nya) dalam urusan agama ku (nya) dan penghidupan ku (nya) serta akibat urusan ku (nya), maka hindarkan lah ia bagi ku (nya) dan jauhkanlah aku  (dia)  daripadanya. Engkau takdirkan kebaikan bagi ku (dia) dimana saja adanya dan Engkau jadikan hati ku (nya) meredhainya.

 Ya Allah, masukkan aku kedalam golongan hamba-hamba Mu yang sentiasa redha dengan ketentuan Mu, yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Mu dan yang sentiasa bersabar dengan ujian Mu, sehingga aku tidak meminta Engkau dahulukan segala pekara yang Engkau kemudian dan tidak pula aku meminta Engkau kemudiankan pekara yang Engkau dahulukan. Ampunkan lah aku, rahmati lah aku dan maafkan lah keterlanjuran ku. Pada Engkau lah aku kembalikan segala urusan dan kepada Engkau lah aku bertawakkal.

DOA SELEPAS SOLAT SUNAT WITIR

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon dari Mu iman yang berkekalan. Aku memohon dengan Mu hati yang khusyuk. Aku memohon dengan Mu keyakinan yang sebenar. Aku memohon dengan Mu ilmu yang bermanafaat. Aku memohon dengan Mu amalan yang soleh. Aku memohon dengan Mu agama yang lurus. Aku memohon dengan Mu keampunan dan keselamatan. Aku memohon dengan Mu kesempurnaan keselamatan dari setiap bala bencana. Aku memohon dengan Mu kesempurnaan rasa cukup dari meminta-minta di kalangan manusia.


Ya Allah, terima lah dari aku, solat fardhu ku, solat sunat ku,  ibadat ku, khusyuk ku dan amalan merendah-rendah diri ku. Engkau sempurnakan lah kekurangan ku. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

DOA SELEPAS MENGAJI

Segala puji hanya kepada Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam keatas junjungan ku Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat serta orang-orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa ku, samada dosa-dosa yang besar atau dosa yang kecil, samada dosa yang tersembunyi atau yang nyata, samada dosa yang aku sengajakan atau kerana kejahilan ku. Sesungguhnya Engkau lah yang maha pengasih, maha penyayang lagi maha pengampun.
Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa suami/isteri ku, dosa anak-anak ku, dosa adik beradik ku, dosa seluruh ahli keluarga ku,dosa guru-guru ku serta dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, dengan rahmat Mu ya Allah, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Ya Allah, Engkau tunjukkanlah dan bimbinglah aku kejalan yang lurus dengan berkat al-Quran. Kasihanilah aku dengan berkat al-Quran. Jadikanlah al-Quran itu sebagai imam, sebagai cahaya, sebagai hidayah dan sebagai rahmat bagi ku.
Ya Allah, Engkau ingatkanlah aku apa yang aku lupa tentang al-Quran dan Engkau ajarkanlah aku apa yang aku tidak tahu tentang isi al-Quran. Berikanlah kepada aku keupayaan untuk membacanya pada waktu siang dan malam.
Ya Allah, Engkau terima lah dan sampaikanlah pahala bacaan ku ini kepada sekelian ahli kubur, khususnya kepada roh ahli keluarga ku…
1. Al-marhum Hassan bin  Hawa (contoh)
2. Al-marhumah Halijah bt  Hawa (contoh)
Serta roh sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.
Ya Allah, sampaikanlah pahala ku ini kepada roh mereka dan jadikanlah ia sebagai cahaya yang memancar-mancar disisi mereka. Gandakanlah rahmat Mu dan keredhaan Mu keatas mereka.

Ya Allah, selamatkanlah mereka di dalam kubur, jadikanlah kubur mereka salah satu taman dari taman-taman Syurga. Selamatkanlah mereka dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur mereka itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka. Ya Allah, ampunkan mereka, rahmatilah mereka, afiatkanlah mereka dan maafkanlah kesalahan mereka...

DOA HARIAN

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap Mu.
Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.
Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba Mu yang daif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usiaku sebegini aku ingin lebih dekat pada Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merindui Mu ya Rahim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukkan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.
Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba Mu ini.. pimpinanlah hati hamba Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakim..Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah kehidupan yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, bapa dan muaalim yang soleh..
Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali Mu…

Ahad, 26 Mei 2013

Khasiat Surah Al-Ikhlas




1) Abu Said Al Khanafi menerangkan :
Surah ini dinamakan AL-Ikhlas ertinya bersih, maka barang siapa yang membacanya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan dari kesusahan2 duniawi, dimudahkan di dalam gelomgang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kedasyatan hari kiamat.

2)Ibnu Syihah Al-Zukhri menerangkan :
Rasulullah saw bersabda : Sesiapa membaca surah ini seperti membaca sepertiga Al-Quran.

3)Riwayat dari Sayyidina Ali r.a. berkata :
Siapa membaca Surah Al-Ikhlas 11 kali sesudah sembahyang Subuh, maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk membuat dosa, meski pun syaitan itu bersungguh2 hendak menggodanya pada hari itu.

4)Sayyidah Aisyah menerangkan :
"Dari Nabi Muhammad saw :
Siapa membaca sesudah sembahyang jumaat Surah Al-Fatihah 7x, Surah al-Ikhlas 7x, Surah al-Falaq 7x, Surah an-Nas 7x. Maka Tuhan akanmelindunginya dari kejahatan sampai kehari jumaat yang akan datang.

5)Dari Sayyidina Ali r.a. dari Rasulullah saw :
"Siapa yang hendak pergi musafir. Kemudian ketika ia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca Surah al-Ikhlas 11x, maka Tuhan memelihara rumahnya sampai ia kembali."

6)Sayyidina Anas menerangkan dari Rasullullah s.a.w :
"Siapa membaca Surah Al-Ikhlas 30x, maka Tuhan akan menulis barakah, selamat dari api neraka dan aman dari azab pada hari kiamat."

6 Wasiat imam ghazali:

(1)Bila lihat org jahil, angaplah mrk lbh mulia krn mrk brbuat dosa krn kejahilan, sdgnkn kita brdosa dlm keadaan mengetahuinya..
(2)bila brjumpa kanak2, angaplah mrk lebih mulia drp kita krn mrk belum dibebani dosa.
(3)bila brjumpa dgn org tua pula, angaplah mrk juga lbh mulia, krn mrk lbh lama bribadah n brtaubat drp kita.
(4)bila brjumpa dgn org alim, angaplah mrk lebih mulia, krn banyaknya ilmu n ibadat mrk.
(5)bila brjumpa org jahat, jangan angap kita mulia, tetapi, katakan..mungkin org itu akan brtaubat pd masa tuanya, sedangkn kita belum tentu bgaimana akhirnya kehidupan kita.
(6)bila brtemu org kafir-katakn belum tentu dia akan kafir selama-lamanya..
-Imam Ghazali mendidik hati kita agar banyak muhasabah diri, drp banyak mengata pd org.

Sabtu, 25 Mei 2013

DOA TAHLIL ARWAH


Ya Allah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam, pujian yang memenuhi nikmat-nikmat Nya dan sejajar dengan kurnia tambahan Nya.
Ya Allah, segala puji bagi Mu sebagaimana selayaknya bagi keagungan zat Mu dan kebesaran kekuasaan Mu.
Ya Allah, cucurilah kesejahteraan keatas junjungan ku Nabi Muhammad saw dengan kesejahteraan yang dapat menyelamatkan aku dari segenap kekusutan dan kemusnahan, yang dapat menunaikan untuk ku segala hajat keperluan, yang dapat membersihkan aku dari segala kejahatan, yang dapat mengangkat aku kedarjat yang tertinggi serta dapat menyampaikan ke kemuncak impian daripada segala kebaikan semasa di dunia dan selepas mati.
Maha Suci Engkau, tidak terkira oleh aku pujian yang selayaknya untuk Mu, sebagaimana Engkau memuji diri Mu sendiri. Maka untuk Mu segala pujian sebelum Engkau meredhai aku. Untuk Mu jua segala pujian setelah itu, setelah Engkau terus menerus meredhai aku selama-lamanya.
Ya Allah, dengan al-Quran yang agung ini, Engkau lapangkan lah dada aku, permudahkan lah urusan ku, berilah aku ganjaran yang besar, baikilah akhlak ku, luaskan lah rezeki ku dan terangilah kubur ku, wahai Tuhan semesta alam.
Ya Allah, ganjarilah aku atas bacaan ku ini dengan ganjaran yang melimpah ruah dan pahala yang besar dari Mu. Terima lah dari ku dengan kurnia dan kasihan belas Mu sebagai penerimaan yang barakah dan indah.
Ya Allah, jadikan lah pahala apa yang aku baca dan keberkatan apa yang aku alunkan serta selawat aku kepada nabi Muhammad saw, juga tahlil dan takbir ku sebagai hadiah dan rahmat Mu yang turun aku persembah dan hadiahkan kehadrat nabi saw demi menambah lagi kemualiaannya yang telah sedia agung. Juga kepada roh-roh datuk nenek dan saudara maranya dari kalangan nabi-nabi dan rasul-rasul serta kepada semua sahabat, kaum kerabat, para tabiin dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan kebaikan sampai kehari kiamat.
Ya Allah, jadikanlah ganjaran pahala seumpamanya yang demikian itu disamping anugerah tambahan kebaikan dan kasihan belas Mu terus mendapat penerimaan, anugerah dan kebaikan yang tidak terperi dalam suratan amal ku kerana mereka dan al-Quran ini dibacakan kerena mereka. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui tentang mereka dan nama-nama mereka, dan Engkau maha kaya daripada menyeksa mereka, wahai yang maha Pemurah dikalangan yang pemurah. Khususnya kepada roh…..(sebutkan nama-nama roh yang ditahlilkan)……serta sekelian mereka yang mempunyai hubungan keturunan dengan nya/mereka.
Ya Allah, sampaikanlah pahala ini kepada mereka. Jadikanlah ia cahaya yang terang benderang dihadapan mereka dan dengan rahmat Mu ya Allah, berikan lah anugerah Mu kepada mereka. Rahmatilah mereka dengan al-Quran yang agung ini sebagai rahmat yang amat luas. Ampuni lah mereka dengan keampunan yang meliputi semua dosa, wahai Tuhan yang memiliki dunia dan akhirat.
Ya Allah, ampunkan lah mereka, rahmatilah mereka, hindari lah mereka daripada keburukan dan maafkan lah mereka. Muliakan lah tempat sampai mereka. Luaskan lah pintu masuk mereka, mandikan lah mereka dengan air, salji dan air batu. Bersihkan lah mereka daripada kesalahan-kesalahan sebagaimana pakaian yang putih dibersihkan daripada kekotoran. Gantikan lah untuk mereka rumah yang lebih baik daripada rumah mereka dahulu, keluarga yang lebih baik daripada keluarga mereka yang dahulu. Masukkan mereka kedalam syurga dan hidarilah mereka dari azab kubur dan ujiannya serta dari azab neraka.
Ya Allah, jadikanlah juga pahala seumpama yang demikian ini dalam suratan ku, suratan ibu bapa ku, guru-guru ku, mereka yang hidup dikalangan ku atau yang telah mati, juga kepada umat islam seluruhnya. Ya Allah, liputkan lah mereka semua dengan rahmat dan keredhaan Mu dan masukkan lah aku dan mereka kedalam syurga yang luas terbentang. Yang maha Pengasih, yang maha Pemberi. Ya Allah, Tuhan yang mencipta langit dan yang empunya keagungan dan kemuliaan.
Ya Allah, kurniakan lah kepada aku sekeluarga kebaikan di dunia dan di akhirat. Selamatkan lah kami dari azab api neraka. Sesungguhnya Engkaulah maha pengasih dan maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

DOA SOLAT SUNAT DUHA


Ya Allah, bahawasanya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu , keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah jika rezekiku masih berada di atas langit , maka Engkau turunkanlah untuk ku dan jika ada di dalam perut bumi, maka Engkau keluarkanlah untuk ku, jika rezeki ku sukar, maka Engkau permudahkanlah untuk ku, jika haram, Engkau sucikanlah. ,Jika masih jauh, Engkau dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada ku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

DOA AWRAH IBU


Ya Allah, aku menadah tangan memohon kepada Mu, Engkau sampaikanlah pahala bacaan surah al-Fatihah ini kepada roh ibu ku dan jadikanlah ia sebagai cahaya yang memancar-mancar disisinya. Gandakanlah rahmat Mu dan keredhaan Mu keatasnya.
Ya Allah, dengan izin Mu, ibu ku telah mengandungkan ku dari kesusahan dengan kepayahan menjaga ku dalam kandungannya.
Ya Allah, dengan izin Mu,  ibu ku telah melahirkan aku dengan kesakitan dan kepayahan sehingga aku dapat melihat alam ini.
Ya Allah, dengan izin Mu, ibu ku telah menyusukan aku sehinggal hilang dahaga ku.
Ya Allah, dengan izin Mu, ibu ku telah mendodoikan aku setiap malam agar aku dapat tidor dengan lena.
Ya Allah, dengan izin Mu, ibu ku telah membesarkan aku dengan sepenuh kasih sayangnya.
Ya Allah, dengan izin Mu, ibu ku sentiasa mendidik dan mendoakan aku agar menjadi insan yang berguna.
Namun begitu ya Allah, ibu ku tidak pernah mengharapkan sebarang balasan dari aku diatas setiap pengorbanannya itu.
Ya Allah, Jadikan aku anak yang kenal erti budi,  diatas segala apa yang diberi oleh ibu ku disepanjang hayatnya  yang tidak akan dapat dibayar ganti.
Ya Allah, selamatkanlah dia  di dalam kuburnya, jadikanlah kuburnya salah satu taman dari taman-taman Syurga, Selamatkanlah dia dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kuburnya itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah, ampunkan dia, rahmatilah dia, afiatkanlah dia dan maafkanlah kesalahannya. Engkau tempatkan ibuku diantara kekasih-kekasih Mu.

DOA TAUBAT


Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semester alam. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang mengikutinya sehingga hari kiamat.
 
Ya Allah. Kepunyaan Mu lah segala pujian. Engkaulah yang menegakkan langit dan bumi serta barang apa yang ada diantara keduanya. Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah benar, janji Mu adalah benar, syurga Mu adalah benar, Muhammad saw juga benar dan hari kiamat itu juga benar. Ya Allah, aku menyerahkan diri ku in kepada Mu, aku beriman dengan Mu, kepada Engkau aku bertawakkal, kepada Engkau aku bertaubat dan kepada Engkau lah aku berhukum, maka Engkau ampunkanlah aku bagi apa-apa yang telah aku lakukan dan barang apa yang aku akan lakukan dan barang apa yang aku sembunyikan dan aku nyatakan.
 
Ya Allah, Engkau lah Tuhan ku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau telah mencipta ku dan aku adalah hamba Mu. Aku adalah didalam ketetapan Mu dan janji Mu. Ya Allah, aku berlindung dengan Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan, aku akui segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada ku dan aku akui segala dosa-dosa ku, maka Engkau ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa melainkan Engkau.
 
Ya Allah, aku bertaubat kepada Mu, aku menyesal diatas apa yang telah aku lakukan, aku berazam tidak akan mengulanginya untuk selama-lamanya.
 
Ya Allah, aku memohon keampunan Mu. Ya Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau yang Esa dan tiada sekutu untuk Mu. Maha suci Engkau, Tuhan pemilik sekelian alam, kepunyaan Mu lah segala kerajaan dan pujian serta kesyukuran. Dan Engkaulah yang mencukupkan aku dan sebaik-baik wakil, sebaik-baik pemberi pertolongan dan tiada kekuatan dan tiada keupayaan melainkan dengan izin Mu Ya Allah, Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
 
Ya Allah, aku bertaubat kepada Mu dari segala maksiat dan dosa. Aku bertaubat kepada Mu dari segala yang Engkau benci samada pertuturan, perbuatan, pendengaran, penglihatan dan apa jua yang terlintas didalam hati ku.
 
Ya Allah, aku memohon keampunan Mu terhadap dosa-dosa yang telah aku lakukan dan barang apa yang aku sembunyikan dan dosa yang aku lakukan secara terang-terang dan barang apa yang Engkau lebih mengetahui dari ku. Engkau lah yang mendahulukan dan Engkau lah yang mengakhirkan dan Engkau lah yg Maha Berkuasa atas segala2nya.
 
Ya Allah, aku memohon keampunan Mu bagi segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada ku dan kemudiannya aku belanjakan dijalan yg maksiat.
 
Ya Allah, aku memohon keampunan Mu dari dosa-dosa yang tidak diampuni melainkan Engkau dan tidak seorang pun mengetahui melainkan Engkau dan tidak ada yang meliputinya sebagaimana rahmat Mu dan kelembutan Mu dan tidak yang selamat darinya melainkan dengan keampunan Mu.
 
Ya Allah, aku memohon keampunan Mu dari setiap amalan fardhu yang aku tinggalkan yang telah diwajibkan keatas ku melakukannya, samada diwaktu siang atau pun dipinggir malam, samada aku tinggalkan dengan sengaja, tidak sengaja atau lantaran
meringan-ringankannya sedangkan aku bertanggungjawab terhadapnya. Dan dari setiap sunah-sunah Nabi SAW yang aku tinggalkan samada disebabkan kelalaian, lupa, kejahilanku atau meringan-ringankannya, samada sedikit atau banyak.
 
Ya Allah, aku memohon keampunan Mu dari sumpah yang aku mungkari dan aku bertanggungjawab keatasnya.
 
Ya Allah, aku memohon keampunan Mu, tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, sesungguhnya  aku dari kalangan mereka yang zalim.

Aminn Ya Rabbal ‘alamiin..

Doa Selamat


Ya Allah ya Tuhan ku, dengan keagungan namaMu dan dengan sifatMu Yang Maha Suci dan Mulia, bersihkanlah hati kami daripada segala keadaan yang menjauhkan kami untuk memandang kebesaranMu, belas kasih sayangMu, matikanlah kami di atas perjalanan ahli sunnah dan jemaah dengan rasa kecintaan untuk mengadapMu, wahai Tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan.
Ya Allah, terangkanlah hatiku dengan ilmu pengetahuan dan jadikanlah tubuh badanku untuk mentaatiMu, bersihkanlah hatiku dari fitnah dan jadikan fikiranku dorongan untuk mengambil iktibar. Peliharakanlah daku daripada waswas syaitan dan keluarkanlah daku daripada bahayanya, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih sehingga syaitan itu tiada berkuasa ke atasku. Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman denganMu, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.
Ya Allah, berikanlah kepada aku segala apa yang telah Engkau janjikan dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Janganlah Engkau kecewakan aku di hari kiamat, sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji,
Ya Allah, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, wahai Tuhan ku sempurnakanlah cahaya keimanan ku dan ampunkanlah dosa ku, sesungguhnya Engkaulah yang amat berkuasa di atas sesuatu.
Ya Allah, aku memohon kepada Engkau kebajikan dan kebaikan sama ada yang segera atau yang lambat, aku meminta keampunan bagi dosaku di samping memohon rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Belas Kasihan.
Wahai Tuhan ampunilah aku, rahmatilah aku, maafkanlah aku, kurniakanlah aku kemudahanMu dan ampunilah aku segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Pemurah.
Ya Tuhan, tambahkanlah ilmu pengetahuanku, janganlah Engkau pesongkan hatiku selepas mendapat hidayat pertunjukMu. Berilah daku di sisiMu rahmat, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemberi Kurnia.
Ya Allah, berilah kesejahteraan pada pendengaranku dan penglihatanku, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-sebenarnya melainkan Engkau.
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada seksa kubur, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya daku adalah golongan orang yang zalim.
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kafir dan kemiskinan,
Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dengan keampunanMu daripada seksaanMu, aku berlindung denganMu daripada kemurkaanMu, tidak upaya aku menghitung segala pujian kepada Engkau sebagaimana Engkau telah memujikan diri Engkau, bagi Engkaulah segala kepujian sehingga Engkau redha kepadaku.
Ya Allah, perbetulkan aku kiranya aku telah menyeleweng, perkuatkanlah aku di dalam pendirian ku, hidupkanlah aku dalam iman dan taat kepada Engkau, matikanlah aku di dalam Islam, dari golongan mereka yang bertaubat, begitu juga semasa soal di akhirat. Jadikanlah aku daripada mereka yang menerima suratan amalannya dengan tangan kanan, jadikanlah aku daripada golongan mereka yang beroleh keamanan pada hari kiamat, berilah kesukaan kepada aku ya Allah dengan dapat memandang kepada wajah Engkau Yang Mulia dengan berkat rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Mengasihi

Saad Al-Ghamdi

Saad Al-Ghamdi

Saad Al-Ghamdi Download Full Quran MP3

Saad Al-Ghamdi Download Full Quran MP3

Gunakanlah cara yang baik mendidik anak bangsa.

BLOG SURAH AL-QURAN: DOA-DOA PILIHAN

BLOG SURAH AL-QURAN: DOA-DOA PILIHAN:
Doa elakkan diri dari dipukau
Doa Menghadapi Peperiksaan
Doa Hindar diri dari terkena Sihir/Santau/Saka/Jin
Doa Hilangkan Marah &...

Jumaat, 24 Mei 2013

BLOG SURAH AL-QURAN: Bacaan Al-Quran 30 Juzuk oleh Sheikh Mishary Rashi...

BLOG SURAH AL-QURAN: Bacaan Al-Quran 30 Juzuk oleh Sheikh Mishary Rashi...

RAHSIA HIDUP BERKAT DENGAN 7 SUNNAH NABI SAW

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesa'at & yang sekejap untuk hidup yang panjang.
Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
1. Pertama,
Tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
2. Kedua,
membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
3. Ketiga,
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
4. Keempat,
jaga solat Dhuha karena kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5. Kelima
jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
6. Keenam
jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah 'Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat dan dijaga oleh malaikat dengan dua do'a, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
7. Ketujuh, 'amalkan istighfar setiap sa'at.
Dengan istighfar masalah akan ALLAH selesaikan dan dosa kita akan diampunkan oleh Allah. In sya ALLAH

TAULADAN DARI SEORANG PEMIMPIN


Sayidina Umar yang tidak tahan melihat Baginda lalu bertanya “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan hamba sedang menanggung penderitaan yang amat berat, adakah tuan hamba sedang sakit?”.
Lalu baginda menjawab “tidak Umar, Alhamdulillah aku sihat dan segar”.
Umar yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut terus bertanya “kalau tuan hamba sihat, kenapa setiap kali menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi tuan hamba sedang bergeselan”.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terperanjat. Perut Baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang mengandungi batu-batu kerikil bagi menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menerbitkan bunyi setiap kali Baginda menggerakkan tubuhnya.
Para sahabat yang tadinya terperanjat terus bertanya “Ya Rasulullah, adakah tuan hamba fikir bila menyatakan lapar dan tiada makanan, maka kami tidak akan membawanya”.
Lalu baginda menjawab dengan lembut “tidak para sahabatku, aku tahu apapun akan kamu korbankan dengan seorang Rasulmu, tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti kerana aku sebagai seorang pemimpin menjadi beban kepada umatnya”.
Baginda menambah “biarlah kelaparan ini menjadi hadiah Allah buatku agar umatku kelak tiada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak”.
Sebab itulah Baginda tidak pernah merasa malu walaupun makan di sebelah seorang tua yang miskin, kotor dan dipenuhi dengan kudis.

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang
kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.....

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan
makanan yang banyak dimakan..

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli
neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini
kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar
menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang
berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun beliau sudah meninggal.

Khamis, 23 Mei 2013

3 Amalan Yang Tidak Terputus Pahalanya

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim)   
AMAL JARIYAH

Amal jariyyah menurut bahasa ialah perbuatan yang baik.

Menurut istilah ulama syara’ amal jariyyah juga di sebut sebagai wakaf iaitu menahan sesuatu yang bolah dimanfaatkan bagi tujuan kemaslahatan serta kekal zatnya sebagai
( taqarrub) pendekatan diri terhadap Allah.

Hukum melakukannya adalah sunat.

Firman Allah Ta’ala yang berbunyi :

لن تنالوا البر حتى تنفقوا مما تحبون وما تنفقوا من شيء فإن الله به عليم

Yang kira-kira bermaksud : Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Surah Ali ‘Imran, ayat 92)

Amal jariyah merupakan amalan yang terpuji disisi Allah antaranya ialah membangun masjid atau sekolah, mewakafkan kitab-kitab bermanfaat kepada masjid dan lain-lain lagi. Perkara ini ada disebutkan dalam hadith, riwayat Ibn Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang kira-kira bermaksud:

''Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Al-Quran, masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah.'' (HR Ibn Majah).

Berikut disenaraikan antara fadilat-fadilat amal jariyyah berbentuk sedekah ialah :

1) Bersedekah merupakan jalan kepada pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan.
2) Ikhlasnya bersedekah dapat meringankan kesusahan seseorang.
3) Harta orang yang bersedekah tidak akan berkurangan malah ianya akan bertambah.
4) Dengan bersedekah, kita akan terhindar dari bala dan umur juga diberkati serta menjadi panjang.
5) Merahsiakan sedekah memadam kemurkaan Allah manakala sedekah secara terang-terangan pendinding api neraka.

Oleh itu, kita diseru agar sentiasa melakukan amal jariyah dengan penuh keikhlasan kerna ianya bukan sahaja memberikan maslahat kepada masyarakat amnya.Bahkan pahalanya akan sentiasa mengalir walaupun kita telah menghembuskan nafas terakhir. Maka tidak rugilah harta yang telah disedekahkan pada jalan Allah sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 262 yang kira-kira bermaksud :

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan tidak menyakiti perasaan si penerima, mereka memperolehi pahala di sisi tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.


Dan sabda nabi yang berbunyi :

لا تستحيوا من إعطاء القليل فإن الحرمان أقل منه
Maksudnya : Jangan kamu malu dengan pemberian yang sedikit kerana tidak memberi langsung lebih sedikit daripadanya.

ILMU YANG BERMANFAAT.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda:

Maksudnya: Sesiapa yang melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka Allah mudahkan untuknya jalan ke syurga. (Hadith Riwayat Muslim)

Pepatah juga ada mengatakan:
Kerjakanlah amal ibadah seolah-olah kamu mati pada keesokan harinya dan tuntulah ilmu tu seolah kamu hidup seribu tahun lagi.

Menuntut ilmu adalah amat digalakkan tidak kiralah ilmu pengetahuan itu berbentuk keagamaan mahupun saintifik atau ekonomi. Apa jua ilmu bermanfaat yang telah kita pelajari sewajarnya kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. Dan amat beruntung lagi jika ilmu sedemikian disebarkan dan diajarkan dengan meluasnya kepada orang ramai bersesuaian dengan sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam :

بلغوا عني ولو ءاية
Yang kira-kira bermaksud : Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat.


Diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Majah daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

"Pelajarilah oleh kamu ilmu faraidh itu, kerana ia adalah sebahagian daripada agama dan ia adalah setengah daripada ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama dicabut daripada umatku"

Kedua-dua hadith di atas menuntut kita agar sentiasa mengajarkan ilmu yang dipelajari kepada yang jahil dan memerlukan kerana kelebihan menuntut ilmu dan mengajarkannya itu amat luas di sisi masyarakat dan juga disisi maha pencipta, Allah Subhanahu Wata’ala.

Sesungguhnya mereka yang berilmu dan menyembunyikannya adalah termasuk daripada orang-orang yang rugi. Hidup mereka cuma setakat mendapat kepuasan diri sendiri dan pahalanya hanya setakat didunia sahaja. Begitu juga mereka yang luas ilmunya akan tetapi kurang mempunyai adab dalam menuntut ilmu seperti melawan guru bermegah-megah dan merasakan ilmu yang diperolehinya sudah cukup hebat, ilmu yang mereka perolehi hanyalah sia-sia dan tidak mendapat berkat dari yang Maha Esa. Oleh yang demikian, tuntutlah ilmu dengan penuh adab dan rasa rendah diri kerana sesungguhnya ilmu itu adalah milik Allah Subhanahu Wata’ala.

Firman Allah Subhanahu Wataala :

قال فإن اتبعتنى فلا تسألنى عن شيء حتى أحدث لك منه ذكرا
Ertinya : Berkata Khidr (selaku guru), jika kamu ingin ikutiku maka jangan kamu bertanya apa-apa sehinggalah aku menceritakannya kepadamu." ( Al-Kahfi, ayat 70)

Ayat ini tidak bermaksud kita sebagai murid tidak boleh bertanya semasa waktu pembelajaran, namun adab yang dimaksudkan di sini hendaklah dengan cara meminta izin terlebih dahulu.

Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi ada mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat."

Berlainan dengan mereka yang ikhlas memberikan ilmu yang bermanfaat sebagai contoh pensyarah dan guru. Tidak terbatas hanya mengharapkan imbalan gaji yang diterima.Generasi ilmuan seperti ini perlulah mempunyai hati yang ikhlas demi mengharap redha dan berkat Allah dalam menjalani kehidupan. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui apa jua yang kita sembunyikan.

Di sebabkan nilai keikhlasan amalan seseorang dalam mengajarkan ilmu mereka inilah, Allah mengangkat darjat para ilmuan dikalangan para sahabat dan ulama dan menjanjikan pahala yang besar kepada kita baik semasa kita hidup ataupun telah meninggal dunia.

DOA ANAK YANG SOLEH.

Ibu bapa mempunyai amanah yang besar dalam mendidik anak-anak mereka.Jika baik tarbiyahnya maka solehlah anak tersebut namun jika sebaliknya, akan mendatangkan kerugian kepada diri mereka sendiri.

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya:

"Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya".


Anak merupakan amanah Allah yang amat bernilai kepada kita bagi mencorak dan melahirkan generasi yang bakal menerajui dunia yang penuh pancaroba. Didikan agama yang betul adalah amat dititik beratkan. Insyaallah anak yang soleh, baik budi pekerti dan agamanya bukan sahaja menjadi harapan bangsa dan masyarakat Islam malah kepentingannya kembali kepada orang tuanya itu sendiri. Dengan ini, tidak rugilah mereka yang mempunyai anak yang soleh dan solehah kerna mereka lah yang akan sentiasa mendoakan orang tuanya setelah mereka meninggal dunia dan berikutan ini bertambahlah pahala orang tua tersebut hanya kerana sebuah doa dari anaknya.

PENGAJARAN YANG DAPAT KITA AMBIL DARI HADITH DI ATAS :

1) Islam menggalakkan hambanya agar sentiasa bersifat ikhlas dalam melakukan amalan-amalan yang terpuji.

2) Galakan terhadap semua umat islam agar menggunakan kesempatan hidupnya dengan melakukan 3 perkara tadi iaitu amal jariyah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kerana pahala daripada melakukan amalan-amalan ini tidak akan putus sekalipun kita sudah tiada.

3) Seruan kepada kedua orang tua agar sentiasa menitikberatkan dalam mendidik anak-anak mereka dengan tarbiyah yang baik.

4) Amal jariyah seperti bersedekah mempunyai fadilat yang banyak sepertimana yang disebutkan didalam ayat-ayat al-quran dan hadith-hadith.

5) Ilmu yang berkat adalah bersumber dari keikhlasan, kecekalan hati dalam menimba ilmu pengetahuan disamping menjaga adab dan displin ketika belajar.


Disediakan oleh:
MOHD NOH SHAHDAN

SAYA SAYANG SAHABAT SAHABAT SAYA

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.
Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka. Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara. ...

Hamba yang berserah kepada mu

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihimu...bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwah mu..Hati-hati ini telah berjanji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu, maka eratlah " Ya Allah akan ikatannya ..kekalkan kemesraan antara hati-hati ini..tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya..Penuhkan hati ini dengan cahaya RABBANIMU...yang tidak kunjung malap..Lapangkan hati-hati ini dengan limpah iman dan keyakinan dan keindahan tawakalMu..Hidup suburkan hati-hati dengan MA'RIFAT tentangmu...maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada' dalam agama Mu..Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.....

Allah s.w.t berhujah dengan 4 golongan manusia pada hari kiamat ....

Berkata Al-Faqih Abu Laits : " Kelak pada hari Kiamat ada 4 golongan manusia yang datang, lalu masing-masing mengemukakan alasan mengapa tidak beribadat kepada Allah s.w.t TETAPI alasan mereka x diterima....

pertama : " ORANG KAYA "...Dia mengemukakan alasan : " Sesungguhnya aku adalah orang kaya ..aku adalah orang kaya ..aku sibuk menguruskan hak-hak hartaku sehingga aku tidak sempat mengabdikan diri kepada Allah s.w.t ..Maka Allah berfirman : " Sesungguhnya Sulaiman adalah raja di seluruh Timur dan Barat tetapi dia tidak pernah derhaka kepada Tuhannya.." Jadi alasanmu tidak di terima " mereka di campakkan ke dalam neraka ....

kedua : " ORANG MISKIN " Dia beralasankan dengan kemiskinannya tetapi Allah membandingkan dengan Nabi Isa a.s...

ketiga : " HAMBA SAHAYA " Dia beralasankan untuk melayan tuannya tetapi Allah membandingkan dengan Nabi Yusuf a.s.

keempat : " ORANG SAKIT " Dia beralasankan dengan penyakitnya tetapi Allah membandingkan dengan Nabi Ayub a.s...

Selasa, 21 Mei 2013

5 KESALAHAN SOLAT YANG BIASA KITA LAKUKAN




Cara hilangkan Stress Berkesan


::Aurat lelaki yang jarang dibincangkan dalam solat::

1- Semasa sujud, baju dibelakang terbuka sebab baju terlalu singkat - Tidak sah solat
2- Semasa sujud, rukuk dan duduk antara dua sujud juga, bagi yang memakai seluar 3 suku semasa solat. Perhatikan semasa anda sujud, lutut anda terdedah atau tidak? Kalau terdedah - Tidak sah solat

Di luar solat?

Lutut dan pusat sahaja tetapi perlu diambil kira seluar yang dipakai. Sekiranya dia tunduk, duduk, duduk bersila, mencangkung dan berlari. - Adakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?

Kalau dalam solat pun tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.

Cara penyelesaian?

Pakai kain/seluar panjang dan baju jenis tak singkat bila sujud dalam solat. Settle. Nampak simple tapi ramai yang tidak ambil cakna.

p/s: Orang perempuan tolong SHARE, orang lelaki kalau bab aurat wanita laju je SHARE di wall mereka. (^_^)

Sekolah Kebangsaan Seri Mulia



PERISTIWA BERSEJARAH :
1) Pada peringkat awal salah seorang pengasas sekolah iaitu Allahyarham Hj. Othman b. Hj. Ibrahim ingin menamakan sekolah ini Sekolah Melayu MERGO MULIO (dalam bahasa Jawa Kuno bermakna ”jalan yang mulia” tetapi kurang dipersetujui oleh Allahyarham Tn. Syed Esa b. Alwee (Nazir Sekolah-Sekolah Melayu Daerah Batu Pahat) lalu dinamakan SEKOLAH MELAYU SERI MULIA.

2) Semasa mula dibuka sekolah ini hanya mempunyai 60 orang murid dan 3 orang guru termasuk Guru Besar.

3) Sebuah rumah guru juga didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung untuk mengatasi masalah guru yang terpaksa berulang alik dalam jarak yang jauh

MAKLUMAT LAIN YANG BERKAITAN SEKOLAH
1) Tahun 1954 – mendapat bantuan berupa bahan binaan seperti simen dan pasir daripada RIDA bernilai RM1000.00 untuk ubahsuai dan menaik taraf bangunan sekolah

2) Tahun 1960 – mendapat peruntukan daripada wakil rakyat ketika itu iaitu Allahyarham YB Tun Sardon Jubir sebanyak RM3000.00 dan digunakan untuk menyambung bangunan seluas 20kaki X 40kaki serta
mengubahsuai bangunan sedia ada.

3) Tahun 1967 – bercantum dengan SK Seri Ladang dan diberi nama SK Seri Ladang B atau SK Seri Ladang Cawangan.

4) Tahun 1981 – Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400 000 untuk membina bangunan baru menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan usang.

5) Tahun 1982 – sebuah bangunan 2 tingkat dengan 6 bilik darjah serta sebuah kantin dan tandas siap dibina. (Dirasmikan pada tahun 1982 juga oleh Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Allahyarham Dato’ Dr. Sulaiman b. Hj. Daud)

6) Tahun 1991 – berpisah semula daripada SK Seri Ladang dan nama SK Seri Mulia digunakan semula.

7) Tahun 1998 - sebuah bangunan tambahan dengan 2 bilik darjah telah dibina.

Tahun 2003 - Sebuah bangunan Makmal Komputer telah dibina dan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Johor.

9) Tahun 2006 - Sebuah bangunan PraSekolah telah dibina dan sesi pertama PraSekolah SK Seri Mulia telah bermula pada tahun 2007.

10) Tahun 2007 - Mendapat peruntukan sebuah Bilik Akses yang diubahsuai daripada bangunan sedia ada dengan 10 buah komputer.

11) Tahun 2009 - Mendapat peruntukan daripada PPD Batu Pahat untuk pembinaan sebuah bangunan Bengkel Kemahiran Hidup.

12) Tahun 2009 - Mendapat peruntukan sebanyak RM20 000 daripada Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr. Fuad b. Zarkashi untuk membina sebuah tandas bagi kegunaan guru-guru dan kakitangan.

38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT (DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)



38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
(DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)

Di depan mata saya, berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah. Langsung tidak ada ketenangan ketika mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat sujud. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka. Siapalah saya kalaupun saya mahu menegur mereka! Sempurna sangatkah cara solat saya? Akan tetapi, sekiranya saya tidak menegur mereka, saya tetap menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan yang mereka lakukan. Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ini kerana solat yang dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri sendiri.

“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.”

BAB: KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
1. SOLAT TANPA ILMU
Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”.

2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja.

3. LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI
Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki.

4 . MELAFAZKAN NIAT
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat.
Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan.

5. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
"Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis...

6. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?
Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.

7. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud.

8. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.

9. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.

10. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang."

11. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.”

12. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah SAW bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."

13. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan sikunya hendaklah diangkat. Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya). "

14. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD
Rasulullah SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”. Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada Allah Ta’ala.

15. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT
Cara duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu duduk antara dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke Kiblat.

16. MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT
Larangan menyelak atau menyingsing lengan baju dan menyelak rambut (ketika sujud) agar
tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Dan
menurut jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.

17. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT
Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang (dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.

18. DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat
akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk
di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.

19. BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR
Ramai di kalangan kita, apabila selesai membaca tahiyyat akhir, terus beri salam. Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu: berkata Rasulullah SAW: "Apabila kamu telah selesai tahyat akhir maka hendaklah berdo’a berlindung kepada Allah dari empat perkara: Ertinya: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid Dajjaal."

20. MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM
Ada orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu muka. Saya tercari-cari hadis yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang saya temui adalah seperti berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'anhu katanya: “Rasulullah SAW apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat dha'if.

21. MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM
Hal ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat, kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami bergerak sujud.”

22. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada harus melintas di hadapannya.

23. MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA
Rasulullah SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan (maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).

24. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK KISAH
Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat berkata, “Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu”

25. MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID
Ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang tinggal berdekatan dengan masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan azan untuk solat berjemaah, tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah, maka hukum solatnya itu dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan “tidak sah” ini sebagai “tidak sempurna”.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah solat bagi tetangga masjid kecuali di masjid.” (Hadis riwayat Imam Daruquthni dan Hakim) Dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendengar azan, sedang tidak ada uzur yang menghalanginya mengikuti solat berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan sendirian.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak aman) atau sakit.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

26. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT
Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.

27. SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA MEMAKAI BAJU.
Dari hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW menegur orang solat yang tidak menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun, kita tidak sanggup kalau tidak berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala.

28. BACAAN IMAM TIDAK BETUL
Rasulullah SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin kalian solat. Jika mereka (yakni imam) berlaku benar, maka pahalanya bagi mereka dan bagi kalian (para makmum). Jika imam salah, maka pahala tetap bagi kalian dan dosa bagi mereka (yakni imam).”

29. IMAM SOLAT EKSPRES!
Imam Ahmad mengingatkan para imam: Suruhlah setiap yang menjadi imam, agar ia berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan solatnya itu dengan baik dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula solatnya.

30. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!
Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya).

31. RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN
Adapun mengenai kedudukan solat seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah, kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah diyakini tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan."

32. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN
Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam. Bayangkan seumur hidup solat, tidak satupun makna bacaan yang difahaminya. Inilah kebodohan yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam beragama. Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat


33. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ramai orang yang sedang mengerjakan solat tapi sambil memikirkan program
keduniaan. Fikiran mereka melayang dan menerawang kepada urusan dunia. Mereka
membuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat nanti. Itu dikerjakan di tengah-tengah
melaksanakan solat. Sebahagian ulama memaksudkan: Itulah di antara yang disebut mabuk.

34 . MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT
Seringkali kita melihat ada orang sesudah solat fardhu, lantas bangun dan mengerjakan solat sunat tanpa berzikir terlebih dahulu. Ini banyak sekali berlaku sesudah solat Jumaat. Sesudah mengerjakan solat fardhu, hendaklah kita sebaik-baiknya berzikir terlebih dahulu (sebahagian ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan berbicara’ ditafsirkan dengan Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan digalakkan dilakukan di rumah.

35. MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya ketika mengingatnya, tiada denda baginya kecuali yang demikian itu”. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah. 'Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).

KESIMPULAN HADIS INI DAN HUKUM-HUKUMNYA
[1] Kewajipan qadha sembahyang bagi orang yang lupa dan tertidur, yang dilaksanakan ketika mengingatnya.
[2] Kewajipan segera melaksanakannya, kerana penundaannya setelah mengingatkannya sama dengan meremehkannya.
[3] Tidak ada dosa bagi orang yang menunda solat bagi orang yang mempunyai alasan, seperti lupa dan tertidur, selagi dia tidak mengabaikannya.

36. TIDAK BERJEMAAH DI TEMPAT AWAM
Hal ini sering berlaku di mana ramai di kalangan kita tidak solat berjemaah di surau atau musolla ketika musafir, atau di shopping-shopping kompleks. Bukankah solat berjemaah itu 27 kali lipat pahalanya daripada solat bersendirian? Siapa yang bagus dan baik bacaan Al-Qur’annya, majulah ke depan untuk menjadi imam. Jangan sampai orang yang buruk bacaan Al-Qur’annya yang maju ke depan dan bertindak menjadi imam!.

37. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT
Ramai di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan solat fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala kadarnya sahaja. Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Thauban, Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu beristighfar. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana hamba Allah yang mengerjakan solat fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah bangun dia daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”

“Barangsiapa setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْحَانَ الُ 33 kali, membaca tahmid الحمدُ لُلُُ 33 kali, takbir الُ أَكبرُ 33 kali hingga jumlahnya 99, lalu mencukupkan dengan bacaan: Maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad) Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” (Hadis riwayat Imam An-Nasa'i dan lain-lain. –
sahih)

38. MENGERASKAN ZIKIR SESUDAH SOLAT BERJEMAAH
Mengeraskan zikir secara jemaah sesudah solat sudah menjadi satu budaya di kalangan kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul.

BAB: PENUTUP:
Demikianlah sedikit sebanyak kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika kita mengerjakan
solat, sama ada kita sedari atau tidak, telah menyebabkan solat kita ‘cacat’ dan tidak
sempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat solat kita jadi tidak sah atau terbatal garagara kebodohan kita tidak mahu mendalami ilmu solat yang sebenarnya.

Ditulis & disusun Oleh:Mohd Noh