Ahad, 27 Mac 2016

Persoalan Umum Assalamualaikum Ustaz...adakah dosa syirik khofi itu sama seperti dosa syirik jali?sekiranya sama, confirmlah tidak diampunkan Allah...sebab dalam AlQuran Allah dah bgtau yang dosa syirik tidak akan diampunkan...dan adakah terkeluar dari Islam sekiranya seseorang itu melakukan syirik khofi atau jali?

Persoalan Umum



Assalamualaikum Ustaz...adakah dosa syirik khofi itu sama seperti dosa syirik jali?sekiranya sama, confirmlah tidak diampunkan Allah...sebab dalam AlQuran Allah dah bgtau yang dosa syirik tidak akan diampunkan...dan adakah terkeluar dari Islam sekiranya seseorang itu melakukan syirik khofi atau jali?mohon penjelasan daripada Ustaz....syukron


Pencerahan



berbeza

syirik kecil itu TIDAK BERMAKNA BINASA AKIDAH

Contoh

Seorang suami takut
pada isterinya yang GARANG


itu
BERDOSA ATAU SYIRIK KECIL

SEKADAR HARAM
TIDAK MEMBINASAKAN AKIDAH

Syirik BESAR @ NYATA

Contoh

Kucing tu pandai menjilat anaknya yang baru lahir itu kerana SEMULA JADI, BUKAN Allah yang MENGAJAR kucing tu.


Itu contoh yang
BINASA AKIDAH


WAJIB MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT

Wallohua'lam

Ada yang kata HATI TAK MAMPU MENGINGAT ALLAH. Ada yang kata HATI BOLEH MENGINGAT ALLAH. Mana satu yang betul?

Persoalan Umum

Ada yang kata HATI TAK MAMPU MENGINGAT ALLAH. Ada yang kata HATI BOLEH MENGINGAT ALLAH.
Mana satu yang betul?

PENCERAHAN



HATI MENGINGAT ALLAH?

Nak bagi JELAS kena faham beza 3 hukum. Yang jadi CELARU tu sebab TAK MAHIR 3 HUKUM

1) Hati TIDAK MAMPU mengingat Allah betul pada jalan hukum akal

Kenapa pada jalan hukum akal?

Kerana PADA AKAL

semua yang kita lihat
semua yang kita fikir
semua yang kita nampak
semua yang kita ingat itu

ADALAH MAKHLUK.


2) Hati MAMPU MENGINGAT ALLAH pun BETUL tapi pada jalan SYARAK

PADA SYARAK
Allah yg suruh INGAT DIA
Jika TAK BOLEH INGAT ALLAH mustahil Allah suruh INGAT ALLAH

Buktinya perintah Allah supaya mengingat Allah ialah


لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

Ertinya

............

Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya. Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
(ali Imran :28)

Itulah BUKTI Allah suruh INGAT akan DIA

Antara hukum akal dan hukum syarak mana yang kebih KUAT?


Kita sudah CERAHKAN oada Soalan 71, YG WAJIB KITA IKUT ADALAH YG PALING KUAT IAITU HUKUM SYARAK BUKANNYA HUKUM AKAL BUKANNYA HUKUM ADAT.


Oleh sebab itu yg menjadi PEGANGAN KITA ADALAH

HATI MANUSIA BOLEH @ MAMPU MENGINGAT ALLAH


JANGAN KITA KATA "
HATI TIDAK BOLEH MENGINGAT ALLAH" kerana perkataan itu BERCANGGAH dgn Al Quran dan boleh BINASA AKIDAH

Wallohua'lam

Ahad, 20 Mac 2016

EMPAT TINGKATAN MANUSIA Syekh Abdul Qadir Al-Jailani

EMPAT TINGKATAN MANUSIA

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani qaddasallahu sirrahu mengatakan:

"Terdapat empat jenis manusia:

Pertama, manusia yang tak berlidah dan tak berhati. Mereka adalah manusia biasa, bodoh, dan hina. Mereka ini tak pernah ingat kepada Allah. Tak ada kebaikan dalam diri mereka. Mereka ini bagai sekam yang tak berbenih, dimana Allah tak mengasihi mereka, membimbing hati mereka kepada keimanan pada-Nya.

Kerana itu, waspadalah jangan menjadi seperti mereka. Ini adalah manusia-manusia sengsara dan dimurkai oleh Allah. Mereka adalah penghuni neraka. Mari berlindung kepada Allah dari mereka.

Hiasilah dirimu dengan makrifat. Jadilah guru kebenaran, pembimbing ke jalan agama, menjadi pemimpin dan penyeru agama. Ingatlah, kau harus mengajak mereka taat kepada Allah dan memperingatkan mereka akan dosa.

Kedua, manusia berlidah, tapi tak berhati. Mereka berkata bijak, tapi tak berbuat bijak. Mereka menyeru orang kepada Allah SWT, tapi mereka sendiri menjauh dari-Nya. Mereka jijik terhadap noda orang lain, tapi mereka sendiri tenggelam dalam lautan noda.

Kerana itu, menjauhlah dari mereka agar kau tak terseret oleh manisnya lidah mereka, yang kelak api dosanya membakarmu, lalu kebusukan hatinya akan membinasakanmu.

Ketiga, manusia berhati tapi tak berlidah. Mereka adalah Mukmin yang telah diberkahi, diberi pengetahuan tentang noda-noda dirinya, dikurniai hati yang mencerahkan, dan menyedari mudaratnya bergaul dengan manusia, kekejaman dan kekotoran lidah, dan meyakini bahawa keselamatan manusia ada pada sikap diam. Sebagaimana sabda Nabi, "Barangsiapa selalu diam, maka ia memperoleh keselamatan." (HR Ahmad dan At-Tirnidzi).

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya pengabdian kepada Allah terdiri dari sepuluh bahagian, dan yang sembilan bahagian dari itu adalah sikap diam."(HR Ibnu Abi Dunya).

Hunad Ibn As-Sari dalam kitab Az-Zuhud meriwayatkan hadis dari Abu Dzar Al-Ghifari, Rasulullah SAW bersabda, "Belumkah aku beritahukan pada kalian ehwal ibadah paling ringan dan mudah bagi badan? (ia adalah) diam dan berakhlak baik."

Mereka adalah para wali Allah, yang dalam rahsia-Nya tersembunyi, dilindungi, diberkahi dan dirahmati-Nya.

Kerana itu, kau harus mencari, mendekati dan berguru kepada orang-orang mulia ini. Layanilah dan cintailah mereka.

Keempat, manusia yang berlidah dan berhati. Mereka adalah orang-orang yang diundang ke dunia ghaib, yang dibalut pakaian kemuliaan, hal seperti ini yang disebut dalam Hadis, "Barangsiapa yang mengetahui dan bertindak sesuai pengetahuannya dan memberikannya kepada orang lain, maka dia akan diundang ke dunia ghaib dan menjadi mulia." (HR An-Nasa'i).

Mereka ini adalah orang 'alim yang memiliki pengetahuan tentang Allah dan tanda-Nya. Hatinya menjadi penyimpan pengetahuan yang sempurna tentang-Nya, dan Dia menganugerahkan kepadanya rahsia-rahsia yang disembunyikan-Nya dari yang lain. Dia memilihnya, mendekatinya, membimbingnya, memperluas hatinya agar dapat menampung rahsia dan pengetahuan hingga menjadikanya pekerja di jalan-Nya, penyeru hamba-hamba-Nya kepada kebajikan, pengingat akan siksaan perbuatan-perbuatan keji dan menjadi hujjatullah di tengah mereka.

Mereka menjadi pemandu, pembimbing, perantara, seorang siddiq dan saksi Al-Haqq, wakil para nabi, dan pilihan Allah.

Maka, orang semacam ini berada pada puncak tertinggi tingkatan manusia. Tak ada maqam di atas ini, kecuali maqam para Nabi. Adalah kewajipanmu untuk mentaati mereka, dan jangan sekali-kali memusuhinya. Sungguh keselamatan terdapat pada ucapan dan kebersamaan dengan mereka.

-- Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Adb as-Suluk wa at-Tawasul ila Manazil al-Muluk


Selasa, 8 Mac 2016

Soalan : Seorang lelaki rajin solat dengan berjemaah tetap dia adalah seorang pengamal dadah ganja tegar bagaimana amalannya ustaz?


Soalan : Seorang lelaki rajin solat dengan berjemaah tetap dia adalah seorang pengamal dadah ganja tegar bagaimana amalannya ustaz?
Jawapan :
Orang yang mengerjakan solat, tetapi kenapa solat yang kerjakannya tidak dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar? Sedangkan di dalam al-Quran Allah SAW. menjelaskan bahawa solat itu dapat mencegah seseorang daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Seperti mana yang dinyatakan oleh Ibnu A’syur, di dalam kitab Maqasid al-Syariah, bahawa setiap kefarduan yang diwajibkan ke atas setiap mukalaf, manfaatnya kembali kepada pelaksananya. Dalam persoalan solat, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut: 45).
Maksudnya solat dapat mencegah manusia daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar. Perkara keji dalam ayat ini apa-apa perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Ini bermakna solat dapat mengubah orang daripada keras hati menjadi lembut hati, daripada bengis menjadi penyayang, daripada malas menjadi rajin, daripada berdusta menjadi jujur , tabiat suka hisab ganja atau rokok kepada meninggalkan perbuatan tersebut dan sebagainya sifat-sifat terpuji yang akan terbentuk dengan solat.
Jika seseorang itu rajin solat dalam masa yang sama tidak berubah daripada sifat negatif kepada lebih positif, dia masih menghisap ganja tegar atau masih menjadi penghisab rokok tegar ini bermakna bukan salah solatnya (cukup rukun dan syatarnya) tetapi yang salah ialah sikap orang yang melakukan solat tersebut.
Jika manusia mengubah hati dan jiwanya, mengubah fikiran dan amalannya dan berazam untuk solat dengan khusyuk dan dia benar-benar menghayati solat yang dikerjakan, bermula dengan wuduk yang sempurna, kemudian bertakbir dengan sempurna, segala gerakan dalam solat seperti berdiri, rukuk, sujud serta menghayati bacaan di dalamnya. Maka ketika inilah solatnya akan menjadi khusyuk dan sekali gus akan merubah tabiat dan akhlak buruk seseorang itu. Maka solat yang berfungsi ini akan menjauhkan dirinya daripada perbuatan keji dan mungkar. Maka perbuatan menghisap ganjar atau rokok akan ditinggalkannya tanpa di paksa.

Wallahua'lam..

Rabu, 2 Mac 2016

BOLEHKAH WANITA MENGHANTAR JENAZAH SUAMI KE KUBUR?

BOLEHKAH WANITA MENGHANTAR JENAZAH SUAMINYA KE KUBUR?

🌿Nota: Rakaman ini dibuat di kelas Dhuha Muslimat bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid di Masjid Darul Ehsan, Tmn Tun Abdul Razak, Ampang. Habib membahaskan tafsir ayat surah Al-Baqarah ayat 234-237. Ayat 234 ada kaitan dengan soalan yang ditanyakan, dan disebabkan banyakk berlaku kesilapan dlm hal ini akhir zaman ini.

■Jawapan:
TIDAK BOLEH, !!
khususnya bagi isteri yg suaminya yg meninggal, kerana iddahnya telah bermula, dan isteri tidak blh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat.

↔Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yg ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yg dibenarkan utk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Sebab2 seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yg darurat.

↪Ibadah mesti mengikut cara yg diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yg meninggal mendpt redha Allah Ta'ala, isteri tidak boleh keluar drpd rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yg beri suami dan yg tak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kena patuhi arahan Allah dan bukan dgr apa masyarakat kata.

■Ambil iktibar drpd kisah Ummu Salamah yg pd asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yg diajar Rasulullah ﷺ, dan akhirnya diganjar Allah dgn dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah ﷺ sendiri. Iktibarnya – bilamana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan utk akhirat.

■Isteri tidak perlu merasa bersalah dgn anggapan masyarakat yg mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dlm kereta saja, atau duduk jauh sikit drpd tmpt dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jgn takut apa org cakap.

■Pada zaman RasuluLlah ﷺ sudah ada golongan wanita yg nak ikut ke kubur, lalu Nabi ﷺ bertanya kpd mereka, “Kamu nak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda RasuluLlah ﷺ bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dlm kubur utk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah ﷺ berkata, “Kamu balik kamu dpt ganjaran, lebih baik drpd kamu ikut dan kamu dapat dosa.”

↔Ini bukan menunjukkan yg agama ini tiada perasaan kpd kaum wanita. Hari ini org akan mengatakan seorg isteri tak penuhi hak suami jika isteri tak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan org akan kata tak penuhi hak suami jika tak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tak penuhi hak suami jika tak masuk dlm kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yg sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dll.

■Jika ada yg kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah.
Jawab padanya, “Eh, ALlah yg suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yg kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yg ALlah Ta'ala suruh.

■Jika ikut cakap org kita dpt dosa, tapi ikut cakap Nabi ﷺ, yg tak pernah bercakap kecuali ianya wahyu drpd ALlah Ta'ala, kita akan dpt pahala. Maka, rugi jika seseorg itu ikut cakap org !
Di akhirat nanti bukan kwn itu yg akan membela kita di hadapan ALlah, bahkan dia akan menjauh drpd kita.

■Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah seblm dikebumikan. Siapa kata jenazah tak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?

■Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.

■Isteri tak boleh keluar menunggu suami dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana iddah bermula setelah suami meninggal.

■Perempuan, kalau nak pergi ke kubur, pergi pada hari selain drpd hari pengkembumian. Kecuali, jika satu Kg. itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dlm hal ini – perempuan yg bawa jenazah, yg gali kubur, yg kebumikan, yg uruskan semuanya.

■Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yg tidak sesuai dgn syarak jika ikut bersama lelaki yg menguruskan jenazah.
Kita pun lihat sendiri byk berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yg sopan dan menurut syarak.

■Biarkan org lelaki siap menguruskan. Esok pagi2, baru anak dan ahli keluarga pergi utk bacakan Yasin ke… dan akan dpt baca dlm keadaan tenang dan tak bercampur dgn lelaki.

■Ambil iktibar drpd kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yg ketika ingin mengambil air drpd perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh drpd perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau nak ziarah kubur, tunggu org lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.

■Terdpt byk perbahasan ulama dlm kes isteri yg kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dlm keadaan darurat, seseorg dibenarkan melakukan sesuatu yg haram sekalipun. Dlm hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dgn dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dpt dipenuhi, maka itu bukan darurat yg membolehkan dia utk keluar bekerja. Tapi, kalau dgn dia tak bekerja, dia tak blh makan, atau anak2nya tiada yg menanggung, atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya, walhasil, dia ada sebab yg menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri. Jadi, dlm hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak blh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yg diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tmpt2 yg tak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma utk keperluan beli makanan dan minuman sahaja.

Wallahu'alam bissawab.
Semoga bermanfaat.