Selasa, 17 Disember 2013

Riwayat hidup imam-imam qiraat sepuluh

Dalam rangka memberi penghargaan kepada imam-imam qiraāt, dan untuk memudahkan ingatan, maka nama-nama mereka diabadikan pada qiraāt mereka masing-masing, seperti qiraāt Nāfi’, qiraāt Ibn Kāthīr, dan sebagainya. Akan tetapi, hal ini bukan bererti mereka sendiri yang menciptakan qiraāt tersebut. Qiraāt yang mereka gunakan itu tetap bersumber dari Rasulullah s.a.w., melalui talaqqī (penerimaan secara langsung) kepada generasi-generasi sebelumnya.

Para imam qiraāt tersebut sudah tentu mempunyai murid yang ramai yang meriwayatkan dan meneruskan qiraāt guru-gurunya hingga sampai kepada kita sekarang ini. Namun, dalam dunia qiraāt, hanya diambil dua orang perawi sahaja dari imam qiraāt masing-masing.

Adapun, imam-imam qiraāt yang masing masing disertai dengan dua orang perawi adalah seperti berikut:


1 Nāfi’

Nama penuh Imam Nāfi’ ialah Nāfi’ bin Abd al-Rahmān bin Abū Nu’aim al-Laisī. Beliau dilahirkan pada tahun 70 H dan wafat pada tahun 169 H di Madinah.

Beliau mempunyai sanad guru yang ramai, antaranya ialah Abū Ja’afar, Abd al-Rahmān bin Hurmuz, Abd al-Rahmān dari Abdullāh bin Abbās dan Abū Hurairah, dari Ubay bin Ka’ab dan Ubay dari Rasulullah s.a.w. Perawi Imam Nāfī’ ialah:

a. Qālūn

Nama sebenar beliau ialah Abū Mūsā Isā bin Mīnā. Beliau di gelar Qālūn kerana baik dan bagus suaranya membaca al-Qur’an. Qālūn itu berasal dari bahasa Rumawi yang bermaksud baik. Beliau dilahirkan pada tahun 120 H dan wafat pada 220 H di Madinah.

b. Warsy

Nama sebenar beliau ialah Abu Said Uthman bin Said al-Misri. Beliau dilahirkan pada 110 H dan wafat pada tahun 197 H. Beliau mendapat gelaran Warsy kerana beliau adalah orang yang paling baik suaranya dan fasih lidahnya membaca al-Qur’an. Apabila beliau membaca al-Qur’an, orang datang berduyun-duyun mendengarnya, sehingga orang tidak pernah bosan mendengarnya.



2 Ibnu Kathir

Nama sebenar Ibnu Kathir ialah Abdullah bin Kathir bin ‘Amru bin Zazhan. Beliau dilahirkan pada tahun 45 H dan wafat di Mekah pada tahun 120 H.

Ibnu Kathir mempelajari al-Qur’an dan qiraat dari Abi al-Saib, Abdullah bin Saib, Mujahid dan lain-lain. Ibnu as-Saib mempelajari al-Qur’an daripada Ubai bin Ka’ab dan Umar bin al-Khatab daripada Rasulullah s.a.w.. Ramai yang mengambil bacaan daripada Ibnu Kathir. Terdapat dua perawi daripadanya yang termasyhur, iaitu;

a. Al-Bazzi

Nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Qasim. Beliau dilahirkan pada tahun 170 hijrah dan telah kembali ke rahmatullah pada tahun 250 hijrah di Mekah. Beliau merupakan salah satu imam qiraāt dan muazzin di Masjidilharam.

b. Qunbul

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abd al-Rahman bin Muhammad al-Makhzumi. Beliau dilahirkan pada tahun 190 Hijrah dan wafat pada tahun 291 hijrah di Mekah. Beliau digelar Qunbul kerana orang ramai memanggilnya dengan panggilan Al-Qanabilah.



3 Abu ‘Amru Al-Basri.

Beliau ialah Zabban bin al-‘ala bin Umar bin al-Iryan bin Abdullah bin al-Husin. Beliau dilahirkan pada tahun 68 hijrah dan wafat di Kuffah pada tahun 154 hijrah. Beliau telah mempelajari al-Qur’an daripada beberapa orang guru, iaitu Abi Ja’far, Nafi’ bin Abi Naim, ‘Abdullah bin Kathir, ‘Asim bin Abi al-Nujud, dan Abi al-‘Aliyah. Abu al-‘Aliyah telah mengambil bacaan daripada ‘Umar Al-Khattab, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, dan Abdullah bin ‘Abbas, daripada Rasulullah s.a.w.. Ramai yang telah mengambil bacaan daripada Abu ‘Amru, antaranya ialah Yahya bin al-Mubarak, dan lain-lain lagi. Antara perawi yang termashur ialah al-Duri dan al-Susi.

a. Al-Duri

Nama sebenar beliau ialah Hafs Bin Umar Bin Abdul Aziz. Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah dan wafat pada tahun 246 hijrah.

b. Al-Susi

Nama sebenar beliau ialah Soleh Bin Ziyad Bin Abdullah Al-Susi. Beliau dilahirkan pada tahun 171 Hijrah dan wafat pada 261 Hijrah. Beliau merupakan Qari yang dhabit dan thiqah.



4 Ibnu ‘Amir As-Syamī

Beliau ialah Abdullah bin ‘Amir bin Yazid bin Tamim. Gelaran beliau ialah Abu Imran. Beliau dilahirkan pada tahun 21 Hijrah dan wafat pada tahun 118 Hijrah di Damsyik. Beliau mempelajari Qiraat daripada Uthman bin ‘Affan daripada Rasulullah s.a.w..

Terdapat ramai yang mengambil bacaan daripada Ibnu ‘Amir. Antara perawi yang termasyhur ialah Hisyam dan Ibnu Zakwan.

a. Hisyām

Nama sebenar beliau ialah Hisyām bin ‘Umar bin Nāsir. Nama gelarannya ialah Abu al-Wālid Beliau dilahirkan pada tahun 153 Hijrah dan wafat pada 245 Hijrah di Damsyik.

b. Ibnu Zakwan

Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Zakwan al-Dimasyqi. Beliau merupakan syiekh qiraat di syam dan imam di masjid Damsyik. Beliau dilahirkan pada tahun 173 Hijrah dan wafat pada tahun 242 Hijrah.


5 ‘Asim Al-Kufi

Nama beliau ialah ‘Asim bin Bahdilah Abi al-Najud al-Asadi. Nama gelaran beliau ialah Abu Bakar. Beliau menjadi imam qiraat di kuffah selepas gurunya Abi Abdul Rahman al-Sulami. Beliau telah mempelajari qiraat daripada gurunya, Abi Abd al-Rahman bin Abdullah al-Sulami. Abi Abd al-Rahman mengambil bacaan daripada Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin ‘Affan ‘Ali bin Abi Talib, dan Ubay bin Ka’ab dan Zaid bin Thabit. Semua para sahabat iaitu Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin ‘Affan, Ali bin Abi Talib, Ubay bin Ka’ab dan Zaid bin Thabit mengambil bacaan daripada Rasulullah s.a.w..Beliau telah wafat pada tahun 127 Hijrah.

Ramai yang telah mengambil bacaan daripada ‘Asim. Antara perawi yang paling masyhur ialah Syu’bah dan Hafs.

a. Syu’bah

Nama sebenar beliau ialah Syu’bah bin ‘Ayyash bin Salim. Beliau dilahirkan pada tahun 90 Hijrah dan wafat pada tahun 193 Hijrah. Beliau merupakan imam besar dan ulama’ di kalangan Ahli Sunnah di Kufah. Beliau telah Khatam al-Qur’an sebanyak 18 ribu kali.

b. Hafs

Nama sebenar beliau ialah Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi al-Kufi. Beliau dilahirkan pada tahun 90 Hijrah dan wafat pada tahun 180 Hijrah. Kebanyakan umat Islam kini membaca Al-Qur’an menurut riwayat Imam Hafs ini.



6 Hamzah Al-Kufi

Nama sebenar beliau ialah Hamzah bin Habib bin ‘Immarah. Beliau merupakan Imam Qiraat di Kuffah selepas kewafatan Imam ‘Asim. Beliau dilahirkan pada tahun 80 hijrah dan wafat pada tahun 156 hijrah di Kufah. Beliau mempelajari Qiraat daripada Abu Muhammad Sulaiman bin al-A’masy daripada Abu Muhammad Yahya bin Wathab al-Asadi daripada Abu Syibil ‘Alqamah bin Qis daripada Abdullah bin Mas’ud daripada Rasulullah s.a.w.

Ramai yang telah mengambil bacaan daripada Imam Hamzah ini. Antara perawi yang termasyhur ialah Khalaf dan Khallad.

a. Khalaf

Nama sebenar beliau ialah Kholaf bin Hisyam bin Tha’lab. Nama gelaran beliau ialah Abu Muhammad. Beliau merupakan seorang yang thiqah, Zuhud dan ‘Alim. Beliau dilahirkan pada tahun 150 Hijrah dan wafat pada tahun 229 Hijrah di Baghdad.

b. Khallad

Nama sebenar beliau ialah Khallad bin Khalid As-Syaibani. Beliau dilahirkan pada tahun 130 Hijrah dan wafat pada tahun 220 Hijrah di Kuffah. Beliau merupakan seorang imam qiraat yang thiqah dan sangat mengetahui mengenai kebenaran.



7 Al-Kisaie Al-Kufi

Nama sebenar beliau ialah Ali bin Hamzah bin Abdullah Al-Asadi. Nama gelaran beliau ialah Abu Hasan. Beliau merupakan guru qiraāt pada zamannya. Beliau sangat tahu mengenainya dan sangat dhabit tentangnya. Beliau mempelajari qiraāt secara langsung daripada Imam Hamzah sebanyak empat kali dan beliau juga mempelajarinya daripada Muhammad bin Abi Laili, Isa bin Umar dan lain-lain. Isa mengambil bacaan daripada ‘Asim,’ dan sanadnya bersambung ke Rasulullah s.a.w. sama seperti sebelum ini.

a. Abu al-Harith

Nama sebenar beliau ialah al-Laith bin Kholid al-Mirwazi al-Baghdadi. Nama gelaran beliau ialah Abu Harith. Beliau merupakan seorang yang sangat dhabit dengan qiraat. Beliau wafat pada tahun 240 Hijrah.

b. Al-Duri

Nama sebenar beliau ialah Hafs bin Umar bin Abdul Aziz Ad-Duri. Beliau merupakan perawi yang sama dengan Abu Amru.



8 Abu Ja’far Al-Madani

Nama sebenar beliau ialah Yazid bin al-Qa’qa’ al-Makhzumi. Beliau merupakan imam qiraāt di Madinah yang sangat sempurna thiqah dan dhabitnya. Beliau telah mempelajari qiraat daripada Abdullah bin ‘Abbas, dan Abu Hurairah. Mereka mempelajarinya dari Ubay bin Ka’ab. Ubay bin Ka’ab mengambil bacaan daripada Rasulullah s.a.w.

Ramai yang merawikan qiraāt daripadanya, antaranya ialah Nafi’ bin Abi Naim, Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam, Abu Amru bin al-‘Ala’, dan lain-lain lagi. Terdapat dua orang perawi yang termasyhur, iaitu ‘Isa bin Wardan dan Sulaiman bin Jammaz.

a. Ibnu Wardan

Nama sebenar beliau ialah ‘Isa bin Wardan al-Madani. Beliau wafat di Madinah pada tahun 160 Hijrah.

b. Ibnu Jammaz

Nama sebenar beliau ialah Sulaiman bin Muhammad bin Muslim bin Jammaz. Beliau wafat di Madinah pada tahun 170 Hijrah.



9 Ya’qub Al-Basri

Nama sebenar beliau ialah Ya’qub bin Ishaq bin Yazid bin Abdullah bin Abi Ishaq. Gelaran beliau ialah Abu Muhammad. Beliau merupakan salah seorang dari qurra’ sepuluh. Beliau mengambil bacaan daripada Abi al-Munzir Salam bin Sulaiman, Abi al-Asyhab Ja’far bin Hayyan dan lain-lain. Salam mengambil bacaan daripad ‘Asim al-Kufi dan daripada Abu Amru.

Ramai yang merawikan qiraat daripadanya, antaranya ialah Abu Hatim al-Sajastani, Muslim bin Sufian, Abu Basyar Al-Qitthan, Abu Amru dan lain-lain. Perawi yang termasyhur ialah Ruwais dan Rauh.

a. Ruwais

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin al-Mutawakkal al-lu’lu’i Al-Basri. Nama gelaran beliau ialah Abi Abdullah. Beliau wafat di Basrah pada tahun 238 Hijrah.

b. Rauh

Nama sebenar beliau ialah Rauh bin Abdul Mu’min al-Hazli Al-Basri. Beliau digelar Abu al-Hasan. Beliau wafat pada tahun 234 Hijrah.



10 Kholaf al-‘Asyir

Nama sebenar beliau ialah Kholaf bin Hisyam bin Tha’lab. Beliau merupakan seorang hafiz al-Qur’an ketika berumur sepuluh tahun. Beliau mula mempelajari ilmu ketika berumur tiga belas tahun. Beliau merupakan seorang yang thiqah, zuhud dan alim. Beliau mempelajari qiraat daripada Salim bin ‘Isa dan Abd al-Rahman bin Hammad, dan mereka mengambil bacaan daripada Hamzah.

Ramai yang telah merawikan qiraat daripadanya. Antaranya ialah Wasma’a Ahmad bin Ibrahim, Ahmad bin Yazid al-Halwani, Idris bin Abdul Karim al-Haddad dan lain-lain. Terdapat dua orang perawi yang termasyhur, iaitu Ishaq dan Idris.

a. Ishaq

Nama sebenar beliau ialah Ishak bin Ibrahim bin Uthman bin Abdullah. Beliau digelar Abu Ya’qub. Beliau wafat pada tahun 286 Hijrah.

b. Idris

Nama sebenar beliau ialah Idris bin Abdul Karim al-Haddad al-Baghdadi. Beliau digelar Abu al-Hasan. Beliau wafat pada tahun 292 Hijrah.

Jumaat, 29 November 2013

maksud sebenar syubhah HADIS 6 DARIPADA HADIS 40 IMAM NAWAWI

maksud sebenar syubhah

HADIS 6 DARIPADA HADIS 40 IMAM NAWAWI

Maksudnya:

“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ‘

1.Muqaddimah

Perawi Hadis ini ialah Abu Abdullah An Nu’man bin Basyir , yang merupakan seorang Ansar dari suku Khazraj. Ibunya seorang sahabat dan juga saudara kepada Abdullah bin Rawahah. Ayahnya Basyir pernah meminta Rasulullah mengajarnya bersalawat (sebagaimana selawat dalam solat)

2.Halal dan Haram

Pengertian Halal di sisi Imam Syafie ialah “Apa2 yang tidak disebut oleh syarak tentang haramnya.” Manakala di sisi Imam Abu Hanifah pula ialah, “Apa2 yang disebut oleh syarak tentang halalnya.”

Perkara halal dan haram yang sudah jelas termaktub dalam Al Qur’an dan Sunnah tidak boleh dipertikaikan lagi. Sami’na wa ato’na…

Halal dan haram itu merangkumi aspek makan minum, pakaian,pekerjaan, muamalah dan segala aspek kehidupan.

Ada perkara haram yang meliputi zatnya sahaja dan ada yang meliputi zat dan kerana selainnya. Dan ada juga yang zatnya halal tapi haram kerana selainnya.

3.Perkara Syubhah

Perkara syubhah ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram. Biasanya ia disebabkan oleh faktor pertentangan dua dalil ataupun kerana tiada dalil/nas yang terang/sorih.

Kaedah menjaga diri daripada terlibat dengan syubhah adalah kaedah wara’.

Contoh zaman nabi: Kisah ketika Nabi s.a.w. bersama dengan isterinya Safiyyah di tempat awam. Ketika itu, 2 lelaki yang berlalu di situ ditahan oleh nabi untuk memberi penjelasan bahawa baginda bersama isterinya Safiyyah bagi mengelakkan sangkaan buruk.

4.Kawasan Larangan

“ Dan barangsiapa yang terjerumus dalam syubhah, ia terjerumus dalam perkara haram”, membawa dua pengertian:

Pertama , seseorang melakukan perkara haram tetapi ia menyangkanya halal. Kedua, seseorang melakukan perkara yang dekat dengan perkara haram. Umpamanya lelaki dan wanita yang bukan mahram berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan dikira melakukan perkara haram kerana ia boleh membawa kepada zina.

Contoh yang diberikan dalam hadis ialah penggembala yang menggembala ternakan berhampiran dengan tanah orang/kawasan larangan. Walaupun ternakan itu belum masuk secara terangan ke dalam kawasan itu, ia dikira syubhah dan sebagaimana dalam hadis, sesiapa yang melakukan syubhah , maka ia melakukan yang haram.

Ketahuilah bagi Allah juga ada kawasan larangannya iaitu segala perkara haram atau maksiat yang membawa kepada haram yang lebih besar.

Contohnya, kisah Bani Israel yang suka membunuh para nabi. Asalnya, mereka hanya menderhaka ajaran nabi-nabi mereka, yang akhirnya melampaui batas sehingga membawa kepada kufur dan membunuh para nabi.

5.Hati

Hati adalah Raja kepda anggota tubuh badan. Sekiranya hati baik, baiklah seluruh anggota. Sekiranya rosak, rosaklah anggota (melakukan maksiat).

Nabi bersabda; “Tidak lurus iman seseorang hamba sehinggalah lurus hatinya.”

6.Kaedah Fiqh

Ulama’ fiqh merumuskan satu kaedah berdasarkan kepada hadis ini iaitu “ Apa-apa yang membawa kepada haram, maka ianya juga adalah haram.”

Sabtu, 9 November 2013

Hijrah Nabi dan Menetap di Madinah

BEBERAPA PERISTIWA PENTING
Pertama
Tersebarnya berita tentang masuk Islamnya sekelompok penduduk Yatsrib (Madinah), membuat orang-orang kafir Quraisy semakin meningkatkan tekanan terhadap orang-orang Mukmin di Makkah.
Lalu Nabi saw. memerintahkan kaum Mukminin agar hijrah ke kota Madinah. Para sahabat segera berangkat menuju Madinah secara diam-diam, agar tidak dihadang oleh musuh. Namun Umar bin Khattab justru mengumumkan terlebih dahulu rencananya untuk berangkat ke pengungsian kepada orang-orang kafir Makkah. Ia berseru, “Siapa di antara kalian yang bersedia berpisah dengan ibunya, silakan hadang aku besok di lembah anu, besuk pagi saya akan hijrah.” Tidak seorang pun berani menghadang Umar.
Kedua
Setelah mengetahui kaum Muslimin yang hijrah ke Madinah itu disambut baik dan menda¬pat penghormatan yang memuaskan dari penduduk Yatsib, bermusyawarahlah kaum kafir Quraisy di Darun Nadwah. Mereka merumuskan cara yang diambil untuk membunuh Rasululah saw. yang diketahui belum berangkat bersama rombongan para sahabat. Rapat memutuskan untuk mengumpulkan seorang algojo dari setiap kabilah guna membunuh Nabi saw. bersama-sama. Pertimbangannya ialah, keluarga besar Nabi (Bani Manaf) tidak akan berani berperang melawan semua suku yang telah mengu¬tus algojonya masing-masing. Kelak satu-satunya pilihan yang mungkin ambil oleh Bani Manaf ialah rela menerima diat (denda pembunuhan) atas terbunuhnya Nabi. Keputusan bersama ini segera dilaksanakan dan para algojo telah berkumpul di sekeliling rumah Nabi saw. Mere¬ka mendapat instruksi: “Keluarkan Muhammad dan rumahnya dan langsung pengal tengkuknya dengan pedangmu!”
Ketiga
Pada malam pengepungan itu Nabi saw. tidak tidur. Kepada keponakannya, Ali r.a., beliau meme¬rintahkan dua hal: pertama, agar tidur (berbaring) di tempat tidur Nabi dan, kedua, menyerahkan kembali semua harta titipan penduduk Makkah yang ada di tangan Rasulullah saw. kepada para pemiliknya.
Nabi keluar dari rumahnya tanpa diketahui oleh satu orang pun dari para algojo yang mengepung rumahnya sejak senja hari. Nabi saw. pergi menuju rumah Abu Bakar yang sudah menyiapkan dua tunggangan (kendaraan) lalu segera berangkat. Abu Bakar menyewa Abdullah bin Uraiqith Ad-Daily untuk menunjukkan jalan yang tidak biasa menuju Madinah.
Keempat
Rasulullah dan Abu Bakar berangkat pada hari Kamis tanggal 1 Rabi’ul Awwal tahun kelima puluh tiga dari kelahiran Nabi saw. Hanya Ali dan keluarga Abu Bakar saja yang tahu keberangkatan Nabi saw. dan Abu Bakar malam itu menuju Yatsib. Sebelumnya dua anak Abu Bakar, Aisyah dan Asma, telah menyiapkan bekal secukupnya untuk perjalanan itu. Kemudian Nabi saw. ditemani Abu Bakar berangkat bersama penunjuk jalan menelusuri jalan Madinah-Yaman hingga sampai di Gua Tsur. Nabi dan Abu Bakar berhenti di situ dan penunjuk jalan disuruh kembali secepatniya guna menyampaikan pesan rahasia Abu Bakar kepada putranya, Abdullah.
Tiga malam lamanya Nabi saw. dan Abu Bakar bersembunyi di gua itu. Setiap malam mereka ditemani oleh Abdullah bin Abu Bakar yang ber¬tindak sebagai pengamat situasi dan pemberi informasi.
Kelima
Lolosnya Nabi saw. dari kepungan yang ketat itu membuat kalangan Quraisy hiruk pikuk mencari. Jalan Makkah-Madinah dilacak. Tetapi mereka gagal menemukan Nabi saw. Kemudian mereka menelusuri jalan Yaman-Madinah. Mereka menduga Nabi pasti bersembunyi di Gua Tsur. Setibanya tim pelacak itu di sana, alangkah bingungnya mereka ketika melihat mulut gua itu tertutup jaring laba-laba dan sarang bunung. Itu pertanda tidak ada orang yang masuk ke dalam gua itu. Mereka tidak dapat melihat apa yang ada dalam gua, tetapi orang yang di dalamnya dapat melihat jelas rom¬bongan yang berada di luar. Waktu itulah Abu Bakar merasa sangat khawatir akan keselamatan Nabi. Nabi berkata kepadanya, “Hai Abu Bakar, kita ini berdua dan Allah-lah yang ketiganya.”
Keenam
Kalangan kafir Quraisy mengumumkan kepada seluruh kabilah, “Siapa saja yang dapat menyerah¬kant Muhammad dan kawannya (Abu Bakar) kepada kami hidup atau mati, maka kepadanya akan diberikan hadiah yang bernilai besar.” Bangkitlah Suraqah bin Ja’syam mencari dan mengejar Nabi dengan harapan akan menjadi hartawan dalam waktu singkat.
Sungguhpun jarak antara Gua Tsur dengan rombongan Nabi sudah begitu jauh, namun Suraqah ternyata dapat menyusulnya. Tatkala sudah begitu dekat, tiba-tiba tersungkurlah kuda yang ditunggangi Suraqah, sementara pedang yang telah diayunkan ke arah Nabi tetap terhunus di tangannya. Tiga kali ia mengibaskan pedangnya ke arah tubuh Nabi, tetapi pada detik-detik itu pula kudanya tiga kali tersung¬kur sehingga tak terlaksanalah maksud jahatnya. Kemudian ia menyarungkan pedangnya dalam keadaan diliputi perasaan kagum dan yakin, dia benar-benar berhadapan dengan seorang Nabi yang menjadi Rasul Allah. Ia mohon kepada Nabi agar berkenan menolong mengangkat kudanya yang tak dapat bangun karena kakinya terperosok ke dalam pasir. Setelah ditolong oleh Nabi, ia memin¬ta agar Nabi berjanji akan memberinya hadiah berupa gelang kebesaran raja-raja. Nabi menjawab, “Baiklah.”
Kemudian kembalilah Suraqah ke Makkah dengan berpura-pura tak menemukan seseorang dan tak pernah mengalami kejadian apa pun.
Ketujuh
Rasulullah dan Abu Bakar tiba di Madinah pada tanggal 12 Rabi’ul Awal. Kedatangan beliau telah dinanti-nantikan masyarakat Madinah. Pagi hari me¬reka berkerumun di jalanan, setelah tengah hari barulah mereka bubar. Begitulah penantian mereka beberapa hari sebelum kedatangan Nabi. Pada hari kedatangan Nabi dan Abu Bakar, masyarakat Madi¬nah sudah menunggu berjubel di jalan yang akan dilalui Nabi lengkap dengan regu genderang. Mereka mengelu-elukan Nabi dan genderang pun gemuruh diselingi nyanyian yang se¬ngaja digubah untuk keperluan penyambutan itu: “Bulan purnama telah muncul di tengah-tengah kita, dari celah-celah bebukitan. Wajiblah kita bersyukur, atas ajakannya kepada Allah. Wahai orang yang dibangkitkan untuk kami, kau datang membawa sesuatu yang ditaati.”
Kedelapan
Di tengah perjalanan menuju Madinah, Rasu¬lullah singgah di Quba’, sebuah desa yang terletak dua mil di selatan Madmnah. Di sana Beliau membangun sebuah Masjid dan merupakan Masjid pertama dalam sejarah Islam. Beliau singgah di sana selama empat hari untuk selanjutnya meneruskan perjalanan ke Madinah. Pada Jum’at pagi beliau berangkat dari Quba’ dan tiba di perkampungan Bani Salim bin Auf persis pada waktu shalat Jum’at. Lalu shalatlah beliau di sana. Inilah Jum’at pertama dalam Islam, dan karena itu khutbahnya pun merupakan khutbah yang petama.
Kemudian Nabi berangkat meninggalkan Bani Salim. Program pertama beliau sesampainya di Madi¬nah ialah menentukan tempat di mana akan dibangun Masjid. Tempat itu ialah tempat di mana untanya berhenti setibanya di Madinah. Ternyata tanah yang dimaksud milik dua orang anak yatim. Untuk itu Nabi minta supaya keduanya sudi menjual tanah miliknya, namun mereka lebih suka menghadiah¬kannya. Tetapi beliau tetap ingin membayar harga tanah itu sebesar sepuluh dinar. Dengan senang hati Abu Bakar menyerahkan uang kepada mereka berdua.
Pembangunan Masjid segera dimulai dan seluruh kaum Muslimin ikut ambil bagman, sehingga berdiri sebuah Masjid berdinding bata, berkayu batang korma dan beratap daun korma.
Kesembilan
Kemudian Nabi mempersaudarakan antara orang-orang Muhajirin dengan Anshar. Setiap orang Anshar mengakui orang Muhajirin sebagai saudara¬nya sendiri, mempersilakannya tinggal di rumah¬nya dan memanfaatkan segala fasilitasnya yang ada di rumah bersangkutan.
Kesepuluh
Selanjutnya Nabi saw. merumuskan piagam yang berlaku bagi seluruh kaum Muslimin dan orang-orang Yahudi. Piagam inilah yang oleh Ibnu Hisyam disebut sebagai undang-undang dasar negara dan pemerintahan Islam yang pertama. Isinya mencakup tentang perikemanusiaan, keadilan sosial, toleransi beragama, gotong royong untuk kebaikan masyarakat, dan lain-lain. Saripatinya adalah sebagai berikut:
  1. Kesatuan umat Islam, tanpa mengenal perbe¬daan.
  2. Persamaan hak dan kewajiban.
  3. Gotong royong dalam segala hal yang tidak ter¬masuk kezaliman, dosa, dan permusuhan.
  4. Kompak dalam menentukan hubungan dengan orang-orang yang memusuhi umat.
  5. Membangun suatu masyarakat dalam suatu sis¬tern yang sebaik-baiknya, selurusnya dan sekokoh-kokohnya.
  6. Melawan orang-orang yang memusuhi negara dan membangkang, tanpa boleh memberikan bantuan kepada mereka.
  7. Melindungi setiap orang yang ingin hidup ber¬dampingan dengan kaum Muslimin dan tidak boleh berbuat zalim atau aniaya terhadapnya.
  8. Umat yang di luar Islam bebas melaksanakan agamanya. Mereka tidak boleh dipaksa masuk Islam dan tidak boleh diganggu harta bendanya.
  9. Umat yang di luar Islam harus ambil bagian dalam membiayai negara, sebagaimana umat Islam sendiri.
  10. Umat non Muslim harus membantu dan ikut memikul biaya negara dalam keadaan terancam.
  11. Umat yang di luar Islam, harus saling membantu dengan umat Islam dalam melindungi negara dan ancaman musuh.
  12. Negara melindungi semua warga negara, baik yang Muslim maupun bukan Muslim.
  13. Umat Islam dan bukan Islam tidak boleh melin¬dungi musuh negara dan orang-orang yang membantu musuh negara itu.
  14. Apabila suatu perdamaian akan membawa keba¬ikan bagi masyarakat, maka semua warga negara baik Muslim maupun bukan Muslim, harus rela menerima perdamaian.
  15. Seorang warga negara tidak dapat dihukum karena kesalahan orang lain. Hukuman yang mengenai seseorang yang dimaksud, hanya boleh dikenakan kepada diri pelaku sendiri dan keluarganya.
  16. Warga negara bebas keluar masuk wilayah ne¬gara sejauh tidak merugikan negara.
  17. Setiap warga negara tidak boleh melindungi orang yang berbuat salah atau berbuat zalim.
  18. Ikatan sesama anggota masyarakat didasarkan atas prinsip tolong-menolong untuk kebaikan dan ketakwaan, tidak atas dosa dan permusuhan.
  19. Dasar-dasar tersebut ditunjang oleh dua kekuat¬an. Kekuatan spiritual yang meliputi keimanan seluruh anggota masyarakat kepada Allah, kei¬manan akan pengawasan dan penlindungan-Nya bagi orang yang baik dan konsekuen, dan Kekuatan material yaitu kepemimpinan negara yang ter¬cerminkan oleh Nabi Muhammad saw.
BEBERAPA PELAJARAN
Pertama
Seorang yang Mukmin yang percaya akan kemampuannya tentu tidak akan sembunyi-sem¬bunyi beramal. Sebaliknya ia berterus terang tanpa gentar sedikitpun terhadap musuh, sebagaimana yang dilakukan Umar bin Khattab sewaktu dia akan hijrah. Dalam kasus ini ada pelajaran, keberanian bisa membuat musuh merasa ngeri dan gentar. Seandainya orang-orang kafir Quraisy sepakat untuk membunuh Umar, tentulah mereka mampu melaku¬kan itu. Akan tetapi sikap Umar yang berani itulah yang membuat gentarnya kafir Quraisy, dan memang onang-orang jahat selalu merasa takut kehi¬langan hidup (nyawa).
Kedua
Ketika ajakan ke arah kebenaran dan perbaikan sudah dapat dibendung, apalagi pendukung-pendu¬kungnya sudah dapat menyelamatkan diri, tentulah orang-orang jahat berpikir untuk membunuh pemim¬pin dakwah itu. Mereka memperkirakan dengan terbunuhnya sang pemimpin, tamatlah riwayat dakwah yang dilakukannya. Pemikiran semacam ini selalu ada dalam benak orang-orang yang memusuhi kebaikan dari zaman dulu sampai sekarang.
Ketiga
Prajurit yang sungguh-sungguh ikhlas untuk menyerukan kebaikan tentulah bersedia menyela¬matkan pemimpinnya sekalipun dengan mengor¬bankan jiwanya sendiri. Sebab, selamatnya pemimpin berarti selamatnya dakwah. Apa yang telah dilakukan oleh Ali yang tidur di tempat Nabi merupakan pe¬ngorbanan jiwa raga guna menyelamatkan diri Nabi.
Pada malam itu sangat besar kemungkinan Ali terbunuh karena algojo-algojo yang melaku¬kan pengepungan itu tentu akan menduga Ali itulah Nabi. Akan tetapi hal itu tidak merisaukan diri Ali sama sekali. Seba, ia lebih mementingkan keselamatan Nabi Muhammad saw.
Keempat
Dititipkannya harta benda milik orang-orang Musyrik kepada Nabi saw. sementara mereka sendiri memusuhi dan berambisi untuk membunuh Nabi, adalah menunjukkan kepercayaan mereka akan kelurusan dan kesucian pribadi Nabi. Mereka juga mengerti benar bahwa Nabi jauh lebih hebat dan lebih bersih hatinya daripada diri mereka sendiri. Hanya kebodohan, ketidaktahuan, dan keterikatan mereka pada tradisi dan kepercayaan yang salah sajalah yang membuat mereka memusuhi, menghalangi dakwah Nabi, dan berusaha membunuh Nabi.
Kelima
Berpikirnya seorang pemimpin dakwah, kepala negara, atau pemimpin suatu pergerakan untuk menyelamatkan diri dari ancaman musuh, sehingga ia mengambil jalan lain, tidaklah dapat dianggap sebagai tindakan penakut atau tidak berkorban jiwa.
Keenam
Adanya partisipasi Abdullah bin Abu Bakar dalam penencanaan dan pelaksanaan hijrah Nabi, menunjukkan adanya peranan genenasi muda dalam mensukseskan dakwah. Mereka merupakan penun¬jang yang dapat diandalkan bagi mempercepat proses kesuksesan.
Pejuang-pejuang Islam yang pertama dahulu seluruhnya terdiri dari para pemuda. Rasulullah saw. berumur empat puluh tahun ketika dibangkitkan menjadi Nabi. Abu Bakar berumur tiga puluh tahun, semen¬tara Ali paling muda di antara mereka. Demikian pula Utsman, Abdullah bin Mas’ud, Abdurrahman bin Auf, Arqam bin Abu Arqam, Sa’id bin Zaid, Bilal bin Rabah, Amman bin Yasir, dan lain-lain, seluruhnya adalah para pemuda. Mereka sanggup memikul tanggung jawab dakwah dengan segala pengorbanan dan berbagai macam derita. Dan mereka mampu memenangkan Islam. Dengan kesungguhan¬nya beserta kaum Muslimin lainnya, berdirilah negara Islam, ditahlukkanlah berbagai negeri, dan sampailah Islam ke tangan generasi berikutnya, hingga kini.
Ketujuh
Partisipasi Aisyah dan Asma binti Abu Bakar dalam pelaksanaan hijrah Nabi saw. mengisyaratkan bahwa kaum wanita bukannya tidak diperlukan dalam suatu perjuangan. Kaum hawa yang berperasaan halus itu pun diberi kepercayaan. Mereka banyak sekali membantu sang suami mengurusi anak-anak dan keluarga.
Dalam pada itu perjuangan kaum wanita di zaman Rasulullah dahulu mengesankan kita sekarang, suatu gerakan Islamiyah akan berjalan seret dan kurang membekas di kalangan masyarakat manakala kaum wanita belum ikut ambil peranan. Bila sudah, maka itu berarti telah terben¬tuk suatu generasi wanita atas dasar keimanan, akhlak mulia, kesabaran, dan kesucian. Mereka akan lebih mudah menyebarkan nilai-nilai luhur yang dibutuhkan oleh dunia dewasini ke dalam masyarnakatnya sesama kaum wanita, ketimbang kaum pria. Tetapi hal ini tidak berarti mereka boleh untuk tidak menjadi isteri dan ibu rumah tangga yang baik.
Dalam rangka mendidik generasi muda, pada zaman Nabi, kaum wanita telah memberikan sumbangan yang tinggi nilainya. Merekalah yang banyak berbuat untuk menumbuhkan suatu generasi penerus yang berakhlak Islam, mencintal Islam, dan Rasulnya serta berjuang untuk Islam. Untuk ini dapatlah dikatakan, kaum wanita itu lebih berhasil membentuk sebaik-baik generasi penerus perjuangan Islam.
Kini kita harus belajar dan sejarah di atas, harus berusaha membawa kaum wanita dan ibu-ibu, guna mencetak mereka menjadi perancang panji-panji Is¬lam di tengah-tengah masyarakat, mengingat kuan¬titasnya melebihi separuh penduduk dunia. Hal itu menuntut kita untuk mendidik putri-putri dan sau¬dari-saudari di lembaga-lembaga pendidikan Islam guna mempelajari berbagai ajanan Islam. Banyaknya jumlah mereka yang paham akan agama Islam, hukum, sejarah, dan ilmu lainnya, dan banyak mere¬ka yang berakhlak seperti akhlak Nabi saw. dan isteri-isterinya, tentulah akan dapat lebih cepat lagi memacu perbaikan yang berdasarkan ajaran Islam dan menciptakan masyarakat yang mentaati seluruh ketentuan Allah swt.
Kedelapan
Tidak terlihatnya Nabi Saw. oleh mata orang-¬orang yang mengejarnya di Gua Tsur, dan adanya sarang laba-laba serta sarang burung yang sedang bertelur seperti dalam kisah, kedua-duanya merupakan contoh adanya pertolongan Ilahi kepada Rasul-Nya dan para pembela agama-Nya. Allah swt. tidak membiarkan cita-cita dakwah gagal di tangan orang-orang musyrik. Allah swt. selalu memberi jalan bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dalam menegakkan risalahNya. Allah Swt. berfirman, “Sesungguhnya Kami pasti menolong Rasul-rasul Kami dan onang-onang yang beriman, di duniini dan di akhinat nanti.” (QS. Ghafir: 51).
Kesembilan
Kekhawatiran Abu Bakar r.a. kalau musuh meli¬hat mereka yang bersembunyi di dalam gua adalah menunjukkan betapa sayangnya sang pengawal kepada pimpinannya yang sedang terancam bahaya, melebihi rasa sayang terhadap dirinya sendiri. Sean¬dainya ia mementingkan diri sendiri, tentulah dia tidak bersedia menemani Rasulullah dalam suatu perjalanan yang penuh bahaya itu. Ia bukannya tidak tahu, jika Nabi saw. tertangkap dan dibunuh, maka dia pun akan dibunuh.
Kesepuluh
Jawaban Rasulullah yang bermaksud menenang¬kan Abu Bakar pada saat itu merupakan kata-kata yang menunjukan betapa yakin-Nya Nabi kepada Allah yang pasti menolong hamba-Nya dan betapa tulusnya beliau bertawakkal kepada-Nya. Dan meru¬pakan bukti nyata kebenaran dakwah kenabiannya. Betapapun beliau dalam keadaan sangat sulit dan terjepit, namun beliau yakin, Allah swt. tidak pernah melepaskannya sesaat pun, karena dirinya itu diutus¬Nya untuk menjadi rahmat bagi semesta alam.
Di sinilah beda Nabi dengan orang yang se¬tengah-setengah dalam menyeru manusia ke jalan Allah, dan juga dengan orang yang berpura-pura.
Kesebelas
Apa yang telah terjadi atas diri Suraqah yang gagal total membunuh Nabi saw. juga merupakan bukti kenabian Nabi saw. Setiap kali Suraqah mengarahkan pedangnya ke arah tubuh Nabi, terjerembablah kudanya. Kaki kuda itu tenggelam ditelan pasir. Tapi jika diputar haluan, kembalilah kuda itu bangun dan berjalan seperti biasa. Bukankah ini pertolongan Allah swt. kepada Rasul-Nya? Ambisi Suraqah untuk memperoleh hadiah yang melimpah sebagaimana yang dijanjikan pemimpin-pemimpin kafir Qunaisy ternyata tidak dapat mengalahkan kekuasaan Allah yang menghendaki keselamatan Rasul-Nya. Oleh karena usahanya mengejar Nabi itu demi harta benda, maka ia pun merasa puas dengan janji Nabi untuk menghadiahkan sesuatu kepadanya.
Kedua belas
Janji Rasulullah akan menghadiahkan kepadanya pakaian kebesaran kaisar, setelah kegagalan Suraqah itu adalah juga suatu mukjizat yang dimiliki Nabi. Seorang manusia biasa yang sedang lari dan kepungan musuhnya tentulah tidak lagi sempat membayangkan dia akan mampu menaklukkan dan menampas mahkota raja. Tetapi karena beliau memang benar-benar seorang Nabi, masih segarlah dalam benaknya, pada akhirnya beliau akan dapat meraih mahkota raja-raja, dan apa yang dijanjikannya kepada Suraqah niscaya akan benar-¬benar terlaksana.
Dalam suatu peperangan yang dimenangkan oleh umat Islam berikut harta rampasan yang tertimbun, terlihatlah oleh Suraqah sepasang gelang raja. Lalu ia minta kepada Umar bin Khattab agar gelang itu diberikan kepadanya sebagai realisasi janji Rasulullah kepadanya dulu. Umar pun meme¬nuhi permintaan itu dengan disaksikan oleh sahabat¬-sahabat Nabi lainnya.
Ketiga belas
Kegembiraan peduduk Madinah atas keda¬tangan Rasulullah saw. merupakan kegembinaan yang sesungguhnya bagi kaum Muhajinin dan Anshar, tetapi semu bagi kaum Yahudi. Mereka turut bergembira di lahirnya, tapi dengki di dalam batin¬nya, karena orang yang mereka sambut itulah yang akan mengambil alih kepemimpinan dan kewibawa¬an yang selama itu ada di tangan mereka. Bagi orang-¬orang Yahudi Madinah, kedatangan Rasulullah itu akan membuat mereka tidak lagi bisa berbuat seenaknya terhadap jiwa dan harta benda rakyat.
Sungguhpun kedengkian dan keengganan tunduk untuk kepada hukum pada mulanya berhasil mere¬ka tutup-tutupi, namun akhirnya terbuka juga. Isi piagam persaudaraan yang telah mereka sepakati di hadapan Nabi dan kaum Muslimin dulu mulai diingkarinya satu persatu. Ini berarti mereka tidak rela dan tidak suka hidup damai. Memang mereka sejak dulu selalu ingin mengobarkan api peperangan. Akan tetapi api yang dikobarkannya itu akan selalu dapat dipadamkan, sebagaimana dijanjikan Allah swt. dalam firman-Nya, “Setiap kali meneka mengobankan api pepenangan, maka setiap kali itu pula Allah memadamkannya.” (Al-¬Maidah: 64)
Keempat belas
Dari peristiwa hijrah ke Madinah, nyatalah yang pertama kali dilakukan oleh Rasulullah ialah mem¬bangun Masjid. Selama empat hari bermalam di Quba’, Rasulullah saw. membangun Masjid Quba’. Selanjutnya beliau membangun sebuah Masjid di perkampungan Bani Salim, yang terletak antana Quba dan Madinah. Begitu pula di Madinah sendiri. Yang pertama kali dilakukan Nabi ialah membangun Masjid Madinah. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya peran Masjid dalam Islam.
Semua ibadat yang terdapat dalam Islam bertujuan untuk mensucikan jiwa, meningkatkan akhlak, memperkuat persaudaraan dan kegotong¬royongan antara sesama Muslim. Shalat berjamaah, shalat Jum’at, dan shalat dua hari raya adalah cen¬minan persaudaraan sosial, persatuan kata dan tuju¬an dengan demikian tidaklah teringkari lagi Masjid itu membawa misi sosial kemasyarakatan dan kerohaniaan yang sangat besar maknanya bagi masyarakat Islam.
Sejarah menyatakan dari Masjidlah tentara Islam berangkat untuk menyebarluaskan hidayah Allah (agama Islam) ke seluruh penjuru dunia. Dan di Masjidlah diolah dan dikembangkan kebudayaan Islam. Abu Bakar, Umar, Ali, Khalid, Said, Abu Ubadah dan para pembesar lainnya dalam sejarah Islam adalah tamatan madrasah Islamiyah yang berpusat di Masjid.
Hal lain yang perlu dicatat ialah Masjid meru¬pakan sarana pendidikan Islam yang bersifat masal dan pekanan. Setiap ekan (yaitu pada hari Jum’at) dicanangkan seruan untuk mengikis habis kemungkaran di samping perintah untuk menegak¬kan kebenaran dan keadilan. Dan dalam Masjid itu diberikan pula peringatan bagi orang yang lupa pada Islam, diserukan persatuan umat, diprotes segala bentuk kezaliman berikut pelaku-pelakunya. Bukan¬kah dulu dari Masjidlah digalang persatuan dan semangat juang umat Islam untuk mengenyahkan penjajah, baik yang bernama imperialisme Perancis, Inggris, Belanda dan konco-konconya, maupun yang bernama Zeonisme Yahudi? Jika dewasa ini Masjid tidak difungsikan sebagaimana mestinya lagi, maka itulah kesalahan khatib-khatib yang rela membelok¬kan ajaran agama, hanya karena keselamatan pribadi dan kepentingan perut dan kedudukannya.
Sangat beruntung jika dalam keadaan tidak berfungsinya Masjid-masjid dewasa ini bangkit ulama yang ikhlas demi Allah. Mereka menyerukan agar kembali menjadikan Masjid sebagai sentral dakwah Islamiyah. Dari sanalah kita bina masyarakat Islam, kita bina dan cetak kader-kader, dan kita siapkan pahlawan-pahlawan agama. Dari sanalah kita pernangi kejahatan dan kemungkaran, guna memudah¬kan terbentuknya masyarakat Islam yang diidam¬-idamkan. Kemudian pendirian seperti ini disadani dan dilanjutkan oleh generasi muda Islam yang su¬dah berilmu dan berakhlak bagaikan akhlaknya Rasulullah saw.
Kelima belas
Persaudaraan yang dibina Rasulullah antana kaum Muhajirin dan Anshar adalah juga merupakan kenyataan dan keadilan Islam yang berperikemanu¬siaan, bermoral, dan konstruktif. Kaum Muhajirin telah meninggalkan negeri kelahirannya dengan tidak membawa harta benda, sedangkan kaum Anshae rata-rata merupakan orang-orang kaya dengan hasil pertanian dan industri.
Oleh karena itu pantaslah jika mereka turun tangan mengatasi kesulitan-kesulitan yang diderita oleh saudara-saudaranya yang Muhajirin. Sungguh ini adalah perbuatan yang melebihi ajaran keadilan sosial yang didengung-dengungkan faham sosialisme dewasa ini?
Atas dasar di atas dapatlah dikatakan, orang-¬orang yang mengingkari adanya keadilan sosial dalam Islam adalah orang yang memutarbalikkan fakta, setidak-tidaknya bermaksud agar ajaran ini ditinggalkan sedikit demi sedikit, atau agar orang yang belum memeluknya sama sekali menjadi tidak senang kepadanya. Kalau orang yang mengingkari¬nya itu adalah onang Islam sendiri, maka pastilah mereka itu orang yang jumud (tidak mengerti) yang tidak suka akan kata “keadilan sosial” itu saja. Sejarah telah membuktikan hal ini, Nabi saw. sendiri telah menegakkannya dan sekaligus menjadikannya landasan bagi berdirinya masyarakat dan negara Islam yang dipimpinnya sendiri.
Keenam belas
Dalam piagam persaudaraan antara kaum Muhajinin dan kaum Anshar, di satu pihak, dan piagam kerjasama antara kaum Muslimin dengan non Muslim di lain pihak, terdapat sejumlah bukti yang menunjukkan Daulah Islamiyah itu ditegakkan di atas prinsip keadilan, asas hubungan antara Muslimin dan non Muslimin adalah perdamaian. Dalam piagam tersebut ditegaskan pula kebenaran, keadilan, gotong royong dalam kebaikan dan dalam mengikis segala akibat yang ditimbulkan oleh ke¬mungkaran, yang telah melanda masyarakat meru¬pakan tema-tema yang selalu dibawa oleh agama Islam. Daulah Islamiyah itu, di mana dan kapan pun adanya, haruslah ditegakkan di atas pninsip-prinsip yang sebenar-benarnya dan seadil-adilnya. Prinsip¬-prinsip dimaksud tentulah yang terbaik di antana prinsip-prinsip kenegaraan yang ada dan dipraktek¬kan dewasa ini. Usaha-usaha masyarakat Islam ada¬lah sangat relevan dengan perkembangan pemikiran manusia tentang kenegaraan, hal mana masyarakat Islam sendiri harus mencontoh ajaran Islam sendiri.
Di negeri Islam, kaum Muslimin tetap dilarang mengganggu kawan-kawannya yang non Muslim. Dilarang menganggu keyakinan mereka dan dilarang memperkosa hak-hak mereka. Mengapa orang-orang masih tidak setuju memberlakukan hukum Islam di negerinya masing-masing, padahal hukum Islam ini cukup adil, benar, kokoh, memen¬tingkan keadilan sosial yang berasaskan persau¬daraan, cinta mencintai, dan tolong menolong?
Kepada seluruh umat Muslimin patutlah diperingatkan, penjajahan, dalam segala bentuk dan manifestasinya, tidaklah akan terkikis habis, melain¬kan dengan cara menerapkan Islam. Inilah inti perjuangan dakwah dewasa ini. Perhatikan firman Allah berikut, “Sekiranya penduduk negeri sudah beriman dan bertakwa, pastilah akan Kami limpahkan kepadanya keberkahan dan langit dan bumi.” (Al-A’raf: 96)
“Dan yang Kami perintahkan ini adalah jalan yang lurus, maka turutilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, karena jalan-jalan yang lain itu mencerai-beraikan kamu dan membelokkan dan jalan¬Nya.” (Al-An’am: 153)
“Dan siapa saja yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan jalan kelua dan memberinya rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka, dan siapa saja yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Ia akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi segala sesuatu.” (At-Thalaq: 2-3)
“Dan siapa saja yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.” (At-Thalaq: 4)
“Dan siapa saja yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengampuni kesalahan-kesalahannya dan akan melipatgandakan pahala baginya.” (At-Thalaq: 5)


Khamis, 31 Oktober 2013

KONSEP ‘LAILAHA ILLALLAH’ SEBAGAI SUATU CARA HIDUP YANG MENOLAK JAHILIYYAH

    Muqaddimah
    Islam adalah nizam (sistem hidup) yang kamil (lengkap) dan syamil (menyeluruh). Islam terbina di atas asas yang kukuh. Islam terdiri daripada rukun-rukun yang besar hinggalah kepada cabang-cabang dan ranting-rantingnya yang kecil. Rukun, cabang dan ranting tertegak di atas asasnya dan saling perlu memerlu antara satu sama lain. Islam umpama pokok, bermula daripada biji benih, kemudian mengeluarkan akar dan pucuk. Seterusnya ia membesar dan membentuk batang, dahan, cabang, ranting dan dedaun hingga menjadi sebatang pokok yang rendang, tegak dan kukuh. Namun, setiap helai daun dihubungkan terus dengan akarnya.
    Islam juga bererti penyerahan diri
    Islam juga bererti penyerahan diri sepenuhnya tanpa sebarang bantahan atau pengecualian kepada Allah SWT semata-mata. Implikasi daripada hakikat ini dengan tegasnya menyekat manusia daripada segala bentuk perhambaan kepada sesama hamba (manusia dan makhluk-makhluk lain). Yang dikehendaki ialah perhambaan manusia hanya kepada Allah SWT Yang Maha Esa. Orang Mu’min hanya akan tunduk dan patuh kepada kekuasaan dan peraturan Allah di dalam segenap urusan hidupnya.
    Tugas utama para rasul
    Tujuan utama Islam diturunkan ialah untuk memperbetulkan perhambaan manusia. Inilah juga tugas utama setiap Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad SAW didatangkan untuk mengembalikan seluruh manusia supaya patuh dan memperhambakan diri hanya kepada Allah SWT dan seterusnya mengukuhkan kedudukan syari’at Allah SWT di muka bumi supaya benar-benar berfungsi dalam mengatur kehidupan manusia.
    Islam datang untuk membawa manusia supaya patuh kepada kekuasaan  dan pemerintahan Allah SWT seperti alam ini yang berjalan di atas landasan dan peraturan-Nya. Oleh kerana manusia adalah sebahagian daripada alam ini, manusia juga mestilah patuh kepada peraturan-Nya. Dengan itu barulah kehidupan manusia menjadi harmoni, bahagia dan sejahtera.
    Kehidupan yang terpancar daripada tauhid
    Konsep Lailaha Illallah (                                ) membawa pengertian perhambaan diri kepada Allah SWT di dalam kehidupan manusia. Kesan kalimah tauhid meliputi ini perasaan, tingkah laku, pegangan, konsep hidup dan segala amalan hidup manusia tanpa terpisah antara satu sama lain. Aqidah tauhid yang betul akan meresapi dalam setiap aspek hidup sama sepertimana darah dan urat saraf yang mengalir ke seluruh bahagian tubuh manusia.
    Kebebasan manusia
    Aqidah tauhid  merupakan pentafsiran yang menyeluruh tentang kewujudan dan kehidupan manusia.   Inilah rupa bentuk aqidah yang mesti disebatikan ke dalam jiwa manusia.  Apabila hakikat ini jelas dan pentafsirannya ditegakkan dalam pemikiran manusia, hati manusia akan bersih daripada seluruh kepalsuan dan kekotoran. Lepas bebaslah manusia daripada segala ikatan lain kecuali ikatan Allah Yang Maha Kuasa, Zat Yang Mutlak dan berkuasa penuh di alam ini. Hati manusia akan bebas daripada sebarang bentuk perhambaan selain daripada perhambaan kepada-Nya.
    Apabila manusia membebaskan hatinya daripada beriman kepada yang lain kecuali kepada Allah Yang Maha Esa serta berpegang teguh dengannya, manusia akan bebas daripada sebarang konkongan ideologi lain. Pemikirannya hanya tertumpu kepada Allah SWT Lenyaplah sebarang kekeliruan dan kekacauan yang menyesatkan manusia. Dia bebas daripada sebarang bentuk kemungkaran. Dia juga bebas daripada takut kepada kuasa-kuasa di dunia yang cuba menghalangnya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata.
    Masyarakat bertunjangkan pengabdian kepada Allah
    Masyarakat Islam ialah masyarakat yang menterjemahkan tuntutan kalimah tauhid secara menyeluruh  dalam kehidupan mereka.
    Setiap cabang dan bidang kehidupan masyarakat Islam dikuasai dan diawasi sepenuhnya oleh asas tauhid yang kukuh. Semua tindakannya terbit daripada pancaran cahaya aqidah. Setiap permasalahan hidupnya di bina di atas perhambaan  atau pengabdian kepada Allah SWT semata-mata.
    Lailaha Illallah (                             ) merupakan aqidah yang betul yang mampu mengangkat masyarakat Islam kepada suatu darjat yang paling tinggi dan mulia. Aqidah ini meletakkan masyarakat Islam dan anggota-anggotanya di tempat yang betul. Aqidah ini sentiasa membetul dan memperbaiki setiap langkah dan tindakan mereka dalam setiap keadaan, masa dan tempat. Aqidah ini merupakan tenaga penggerak yang sentiasa mengarahkan mereka kepada matlamat hidup yang suci dan jelas. Aqidah ini memimpin mereka untuk melalui jalan hidup yang terang dan selamat.
    Aqidah tauhid menolak jahiliyyah
    Konsep Lailaha Illallah (                         ) atau hakikat pengesaan Allah sebenarnya menolak segala bentuk jahiliyyah sama ada berupa nilai, pemikiran  atau pegangan hidup.
    Lailaha Illallah (                      ) membina satu asas kepada cara hidup masyarakat Islam dalam setiap bidang dan urusan. Oleh itu, masyarakat yang praktik hidupnya tidak menterjemahkan tuntutan tauhid ini digolongkan sebagai masyarakat jahiliyyah. Jahiliyyah adalah satu penyusunan masyarakat yang menolak hukum dan peraturan-peraturan Allah SWT Jahiliyyah melawan dan memusuhi Islam sebagai ad-din. Jahiliyyah merupakan musuh paling ketat kepada ‘Aqidah Islam.
    Sistem hidup jahiliyyah, pada hakikatnya, tidak menjadikan Allah sebagai Rabb dan Ilah walau pun mengakui ketuhanan Allah SWT Sistem hidup jahiliyyah hanya mengikut kehendak dan keputusan hawa nafsu manusia serta berhakimkan thaghut.
    Masyarakat jahiliyyah juga adalah masyarakat yang mengamalkan ciri-ciri hidup yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, yang tidak mengarahkan diri dan perhambaannya kepada Allah SWT semata-mata sama ada dalam i’itiqad, ‘ibadat atau syari’at yang merangkumi setiap aspek peraturan hidup.
    Masyarakat jahiliyyah ialah masyarakat yang mengakui Islam tetapi praktik ubudiyyah (pengabdian) dalam peraturan-peraturan dan perundangan hidupnya tidak kepada Allah SWT semata-mata. Masyarakat ini, walaupun merasakan beri’tiqad kepada Allah SWT, tetapi secara tidak disedari amalan dan penguatkuasaan  undang-undang, peraturan-peraturan dan nilai-nilai hidupnya bersumberkan selain daripada sumber Allah SWT.
    Bentuk masyarakat yang dijelaskan di atas tidak diakui Islam sebagai masyarakat Islam. Islam tidak memandang kepada cogan kata, sepanduk dan laungan sahaja sedangkan hakikat kehidupan masyarakat itu diisi dengan sifat-sifat jahiliyyah.
    Perlunya mengetahui hakikat jahiliyyah
    Sesiapa yang ingin menghayati Islam  dalam kehidupannya dan memperhambakan diri kepada Allah perlu sekali mengetahui hakikat jahiliyyah seperti diterangkan di atas. Jahiliyyah yang meliputi pemikiran, aliran, perancangan dan segala cacat cela serta bahayanya agar terselamat dan terpelihara daripada tipu dayanya. Dengan itu dapatlah seseorang itu membuat persediaan dan kelengkapan yang perlu untuk menentang dan menghadapinya.
    Menanggalkan jahiliyyah
    Manusia yang inginkan Islam mestilah menanggalkan diri dan memisahkan jiwa daripada cara hidup Jahiliyyah. Dia hendaklah memulakan perjalanan hidup baru bersama Islam. Perjalanan hidup yang bebas daripada tekanan nilai jahiliyyah sama ada dalam bentuk, konsep, adat istiadat, tradisi mahupun pimpinan.
    Satu perkara yang penting, terutama di peringkat awal da’wah dan pendidikan untuk menghayati Islam, ialah manusia perlu membersih dan memutuskan jiwa daripada sebarang campur aduk dan pencemaran antara Islam dengan jahiliyyah. Da’wah Islam sekali-kali tidak menerima sebarang tolak ansur dengan jahiliyyah atau mematuhi jahiliyyah. Tidak pernah terdapat titik pertemuan di antara Islam dengan jahiliyyah. Yang dikehendaki ialah menanggalkan sepenuhnya suasana, adat, tradisi, pemikiran dan konsep jahiliyyah. Juga yang dikehendaki ialah tertegak sepenuhnya pemahaman Islam dan praktik hidup Islam di bawah pimpinan Islam, dimana seluruh ketaatan serta penglibatan tertumpu kepada Islam.
    Kewujudan jahiliyyah melata
    Jahiliyyah sekarang dan pada setiap zaman tetap menolak hukum Allah SWT. Inilah antara pengenalan jahiliyyah di setiap tempat, keadaan dan jenis masyarakat. Jahiliyyah berada dalam segenap kemajuan dunia sama ada dalam pemikiran, politik, sosial mahupun ekonomi. Apabila manusia enggan menghubungkan diri dengan Allah SWT, maka di situ terdapat jahiliyyah. Dewasa ini manusia telah dikongkong oleh jahiliyyah yang amat pekat sehingga perkara yang dianggap sebagai aktiviti Islam pun diasaskan atas jahiliyyah.
    Jahiliyyah menolak hukum Allah
    Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan bahawa orang Arab Jahiliyyah memang mengetahui dan mengakui Allah SWT sebagai Pencipta dan Pentadbir segala sesuatu, tetapi mereka menolak peraturan dan hukum Allah SWT dalam urusan hidup. Firman Allah SWT:
    “Sesungguhnya sekiranya engkau (Muhammad) bertanyakan mereka:
    Siapakah yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka akan
    menjawab: Allah.” (Luqman: 25)
    “Katakanlah (Muhammad): Siapakah yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa menciptakan pendengaran dan penglihatan, atau siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah mengatur segala urusan? Maka mereka menjawab: Allah. Maka katakanlah: Kenapakah kamu tidak bertaqwa (kepada Allah SWT)? (Yunus: 31)
    Golongan jahiliyyah mengakui hakikat ketuhanan tetapi mereka tidak mengikuti apa yang mereka akui. Mereka memperhambakan diri kepada ilah-ilah (termasuk isme-isme) selain Allah SWT. Mereka mengetahui Allah SWT tetapi tidak melaksanakan syari’at-Nya dalam realiti kehidupan.
    Syari’at dan aqidah tidak boleh dipisahkan
    Persoalan syari’at tidak boleh dipisahkan dengan persoalan asas Aqidah. Kata pemutus atau garis pemisah ialah sama ada berhukum dengan syari’at Allah SWT atau disifatkan sebagai jahiliyyah. Jika manusia ikhlas beriman dengan Allah SWT dan bertekad menerima Uluhiyyah Allah SWT, sudah tentu dia menerima hakimiyyah (pemerintahan) Allah SWT. Allah SWT Pencipta dan Pemilik kepada alam  semesta. Allah SWT Penentu hukum dan undang-undang. Dialah yang patut ditaati dan syariat-Nya sahaja yang wajib dipatuhi. Jika tidak, akan lahirlah jahiliyyah dan tertegaklah hukum-hukum yang mengikut hawa nafsu.
    Islam diturunkan untuk memastikan bahawa hanya satu sahaja tali penghubung yang menghubungkan manusia dengan Allah SWT. Apabila terputus tali ini maka tidak terdapat tali lain lagi yang dapat menghubungkan manusia dengan Allah SWT dengan hubungan yang suci, tinggi dan mulia.
    Jalan untuk menegakkan masyarakat Islam
    Masyarakat Islam bukan satu khayalan. Masyarakat Islam contoh telah pun wujud dan terbentuk secara praktik pada zaman Rasulullah SAW. Tenaga pembentukannya tidak lain melainkan ‘Aqidah at-Tauhid di bawah panji “Lailaha Illallah”(                           ). Aqidah inilah yang dibawakan baginda Rasulullah SAW mengikut arahan Allah SWT.
    Jalan yang bertitik-tolak dengan kalimah ‘Lailaha Illallah’ (                                 ) adalah jalan yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA. Walaupun jalan ini menempuh pelbagai kesusahan, rintangan  dan kesakitan, Allah SWT Yang Maha Bijaksana tidaklah bermaksud untuk menyiksa Rasulullah SAW dan orang-orang mu’min. Allah SWT Maha Mengetahui bahawa itulah satu-satunya jalan untuk menegakkan masyarakat Islam yang mematuhi Allah SWT. Jalan inilah yang dapat membersihkan bumi Allah SWT daripada taghut. Bumi ini tidak akan bersih untuk Allah SWT semata-mata   melainkan apabila konsep Lailaha Illallah   (                                      ) menjadi penghayatan hidup manusia seluruhnya.
    Manusia adalah hamba Allah SWT. Manusia tidak akan menjadi hamba Allah SWT yang sebenarnya melainkan apabila dia tunduk dan patuh kepada perintah Allah dengan memegang panji Lailaha Illallah. Bagi hamba Allah yang hakiki, tiada kekuasaan selain kekuasaan Allah SWT, tiada syariat selain syariat Allah SWT dan tiada kepatuhan selain kepatuhan kepada Allah SWT. Hamba seperti inilah yang membentuk masyarakat Islam dan  bangsa Islam yang menghapuskan perbezaan warna kulit, di mana semua manusia hidup di bawah panji-panji Allah SWT.
    Menentang arus jahiliyyah
    Jahiliyyah telah sekian lama berakar umbi dan bertapak kukuh dalam kehidupan masyarakat. Jahiliyyah tidak sekadar menjelma dalam bentuk teori. Jahiliyyah menjelma dalam bentuk gerakan kemasyarakatan. Oleh itu usaha-usaha untuk menentang dan menghapuskannya tidak boleh sekadar teori, bahkan memerlukan kesungguhan dan persediaan yang meliputi segenap bidang. Ia juga memerlukan peraturan yang mantap, penyusunan yang rapi dan usaha-usaha yang berterusan. Dengan cara ini, InsyaAllah jahiliyyah yang luas dan berkembang itu dapat dilumpuh dan dihapuskan.
    Penutup
    Masyarakat Islam hanya akan terbentuk apabila konsep Lailaha Illallah disebatikan dalam jiwa individu dan jamaah muslimah. Masyarakat Islam tidak akan lahir selagi satu golongan manusia tidak terbentuk terlebih dahulu melalui proses keimanan yang mengikrarkan Lailaha Illallah. Proses imaniyyah ini sajalah yang dapat melahirkan ‘ubudiyyah kepada Allah SWT. ‘Ubudiyyyah ini merangkumi i’tiqad, ‘ibadat, syari’at dan peraturan hidup yang benar-benar berfungsi lagi praktikal dalam semua suasana dan amalan. Proses imaniyyah ini mampu membersihkan hati dan jiwa daripada sebarang bentuk perhambaan selain daripada perhambaan kepada Allah SWT. Proses imaniyyah ini akan mengawasi manusia daripada bermatlamatkan yang lain daripada Allah SWT. Proses imaniyyah ini akan melahirkan manusia yang menghayati Islam sebagai ad-din dan menolak segala bentuk jahiliyyah.
    Jika pada permulaan Islam iman menjadi tenaga pembangunnya, sudah tentulah iman jugalah yang akan membangunkan masyarakat Islam hari ini.